Arini masuk la ari pertama dalam bulan Ogos.. ada 3 perkara utama yang aku kena settlekan..
1. Urusan bayaran rumah
Aku ada beli rumah kat perumahan Air Manis kat Tebuk Pulai.. oleh kerana kedaifan aku yang teramat sangat.. aku tak bertanya lebih lanjut tentang bayaran penuh untuk rumah tu lepas aku buat bayaran 10%. Semalam hari pemberian kunci.. ramai la dapat surat panggilan untuk amik kunci.. aku ni mmg takder pengalaman beli2 rumah.. tp..seingat aku.. org kat Lembaga Perumahan tu cakap.. diorg akan bgtau utk next prosedur.. aku ni tunggu2 la diorg call.. nak jadi cerita aku g semalam kat perumahan tu.. n bertanya lebih lanjut.. rupa2nya org yg dtg amik kunci tu dh settle dah bayaran umah diorg.. tak kira la yg buat loan kerajaan ke.. loan perumahan ke.. aku mmg buat loan peribadi.. duit mmg dh ada.. tp aku dok perap je.. tu la.. aku mintak2 aku dapat la settle kan hal rumah ni dalam bulan ni jugak.. n bajet akhir bulan dah boleh pindah... sbb hubby aku insya'Allah akan mula bekerja kat cni lebih kurang bulan depan..
2. Mengisi SSQS
Kebenda la SSQS ni ye.. ini data untuk ICT.. kira macam soalan survey tentang ICT kat sekolah.. 62 responden kena isi..aku.. pentadbir.. guru2 dan murid2.. aku doa2 boleh gak cepat sttlekan.. sbb tarikh last 31 Ogos..walaupun 31 Ogos perlu settlekan cepat sbb masa tu dh nak cuti sekolah n PKG nak semak semula samada semua responden dah jawab ke belum soalan2 yg ditanya.. tp tu la.. internet kat sekolah aku tu "laju berdesup" sangat la..hehehehe..jadi tu yang kena buat awal2.. kalo dapat sehari 5 responden.. busuk2 2 minggu dah boleh settlekan..
3. Persediaan temuduga SPP
Aha.. ini la cabaran yang paling mendebarkan aku..aku rasa takder sapa yang tak berdebar kalau nak ditemuduga.. salah satu titik permulaan kerjaya sebagai seorg guru..banyak benda nak kena baca n buat persediaan.. apa la soalan yang aku bakal dapat.. n dapat ke aku jawab soalan dengan baik..
Aku berdoa sangat2.. semua Allah permudahkan segala urusan aku.. dan kawan2.. doakan untuk aku ye..:)
Sunday, August 1, 2010
Plan bulan Ogos..
Posted by Lieya at 4:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment