Monday, January 31, 2011

Sepandai-pandai tupai melompat...

Dah alang-alang dapat peluang update blog ni.. aku nak tunjuk hasil pemburuan aku selama hampir 2 minggu dah duduk umah aku semula.. bermula dari kesah kat aku keletihan mengemas rumah aritu.. kisahnya bermula.. lepas beberapa hari dah dok kat umah aku.. aku telah membeli sebuku roti gardenia yang pack kombo tu sebagai makanan sampingan.. keesokan paginya.. aku tengok.. bungkusan roti yang aku tak usik lagik telah di'rasmi'kan oleh kak T... aku memang lupa sangat-sangat yang kak T dah buat umah aku macam umah diorang selama aku tak duduk cni..jadi aku mulakan misi aku.. mula-mula bungkusan roti yang memang dah diusik dek kak T tuu..aku biarkan untuk beberapa hari..ala-ala umpang kak T kasi dia lemak dapat makan roti free...mis seterusnya aku pun belikan la rumah khas untuk kak T...punya la aku sayangkan kak T ni..siap sediakan rumah khas untuk dia.. dan pada malam tu jugak.. aku bukak rumah khas untuk kak T dengan menyedikan roti di dalamnya.. oleh kerana en.suami bekerja malam.. pada malam tu aku tido umah mak.. esok tengaharinya... aku sampai je rumah.. en.suami bagitau aku kak T dah masuk rumah khas dia..hehehehe.. yeh.. sepandai-pandai tupai melompat..jatuh ke tanah juga...



Ini la dia hasil tangkapan.. lega ranya bila dapat tangkap kak T.. tapi.. sebenarnya.. tak boleh happy dulu.. sebabnya.. malam esoknya.. aku pasang rumah khas lagi.. ada sekor lagi masuk dalam tu..jadi.. tak mustahil.. nanti aku pasang lagi ada je yang masuk... pasni aku nak meniaga kak T goreng la..hehehe


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates