Friday, October 28, 2011

3 minggu lagi





Apa kebenda la yang 3 minggu lagi ye.. untuk anak-anak murid pasti riang dan gembira tidak terkata.. untuk cikgu-cikgu.. riang jugak.. tapi kurang terkata..hehehe.. yieh..cuti sekolah bakal menjelma... bermula hari ini..lebih kurang lagi 3 minggu.. periksa pun dah 2 minggu berlalu... tinggal tunggu keputusan kedudukan kelas je.. minggu depan..minggu ke 39 persekolahan.. akan ada perkhemahan selama 3 hari 2 malam di sekolah.. bermula dari 2hb..Rabu..hingga la 4hb..Jumaat.. mesti budak-budak excited..biasa buat 2 hari 1 malam je.. tak pernahnya bermalam sampai 2 hari.. pengisian aktiviti yang insya'Allah menarik dan tertarik...macam pertandingan memasak..mencari harta karun..ada jugak panggil pihak bomba untuk buat demonstrasi..kitorang request jugak nak buat flying fox..tapi pihak bomba terpaksa tolak sebab ianya sangat berisiko tinggi...Lepas je perkhemahan..murid akan bercuti hari raya haji lebih kurang 4 hari..lepas tu..minggu depannya pulak.. akan ada hari kecemerlangan..biasanya sekolah buat minggu akhir persekolahan.. tapi mungkin sebab tak nak keadaan kelam kabut..jadi sekolah buat 2 minggu sebelum cuti..bagus jugak macam tu..jadi minggu akhir.. cikgu-cikgu boleh buat persediaan yang rapi sebelum cuti sekolah.. nak selesaikan mana-mana kerja yang perlukan tutup akaun..macam buku rekod kedatangan ke... owhh yee..biasa minggu akhir sekolah akan mewah dengan jamuan..hehehe.. ada ke sudi mana-mana kelas nak jemput cikgu pemulihan datang jamuan ni..hehehe.. untuk aku sendiri.. aku adalah ajk tetap dan berpencen membuat sijil.. jadi sebarang sijil aktiviti aku yang akan buat.. itu memang takder masalah sebab asasnya dah ada.. jadi tinggal taip nama murid dan print..macam perkhemahan punya sijil pun.. aku kena edit sket2 je.. murid-murid tahap 2 yang sedia ada tahun lepas dah ada.. cuma tambah senarai murid-murid tahun 4 je.. sebab perkhemahan 3 hari 2 malam dan dijalankan pada hari persekolahan.. jadi tak le kelam kabut nak dapatkan tandatangan guru besar.. untuk hari cemerlangan pulak.. aku kena buat buat buku program.. kakak yang biasa buat buku program pergi haji.. aku la yang take over.. aku dah siapkan dah asas-asasnya..tinggal masukkan maklumat-maklumat murid je dalam tu.. jadi bila tiba masanya..takder la kelam kelibut.. cuma sijil-sijil untuk pengawas-pengawas2 ngan ketua penolong kelas aku tak settlekan lagi.. insya'Allah minggu depan dah boleh settlekan... dan kemungkinan.. aku akan jadi pengacara majlis.. tapi tak tau la kan.. itupun kalau nama naik..kalau nama tak naik selamat la aku.. hehehe..bukan apa.. aku memang risau kalau kena jadik mc ni.. perjalanan dan kelancaran majlis semua akan bergantung pada kita.. teringat pulak peristiwa hari kecemerlangan tahun lepas..jap nak tengok.. ada tak aku wat entrynya ye... aiseh..jenuh aku carik..memang takder.. hehehe..nak cerita ke tak ye.. hahahaha..boleh tak jadikan next entry.. atau bila tiba masanya nanti..kekeke...nanti je la cerita ye.. ok la..nanti insya'Allah ada masa aku update lagi.. kawan-kawan.. tolong doakan aku ye.. semoga Allah kurniakan aku zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.. sampai jumpa nanti...:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates