Sunday, May 6, 2012

Bulan Mei

Pejam celik..pejam celik.. dah masuk bulan 5 dah.. dalam 5 bulan la sekolah..rutih masih macam biasa.. sebagai seorang guru... alhamdulillah..tanggungjawab masih dapat diteruskan..semoga Allah sentiasa a memberikan aku kesihatan yang baik untuk aku dapat terus berbakti pada anak-anak murid aku.. petang aktiviti macam biasa.. tolong member jaga kedai.. sejak jaga kedai..alhamdulillah.. kurang sikit memikirkan tentang anak.. bukannya tak fikir langsung ye.. tapi masa yang terisi tu.. takder la aku dok sorang memikiornya.. bila balik malam.. dah keletihan.. dok lepak-lepak wat keje sekolah.. ngadap fb..pastu tido terus.. mungkin selagi belum ada cahaya mata.. ini la rutin aku.. sebagai seorang guru.. n pembantu butik..hehehe..

Skang ni aku kat umah parents aku.. skang ni weekend je dapat datang.. ye la.. busy la katakan.. hari Ahad je aku biasa off..itu pun esok ada hal jugak belah petang.. tak dapat nak elak..

Bulan 5 ni ada 2 hari penting.. hari ibu..dengan sambutan hari guru..bestnya la.. tak sabo rasanya.. lelagi hari guru tu.. hehehe.. berangan la konon nak dapat hadiah dari anak-anak murid.. hihihi.. tapi cikgu garang camni..ada ke anak murid suka..? kekekeke... bagi aku semua tu tak penting...yang penting kejayaan anak-anak murid aku...

Ops..lupa nak cerita.. 3hb aritu.. aku gi bawak budak rombongan ke Pesta buku kat PWTC ngan zoo.. pada awalnya rancangan berjalan lancar.. kat pesta buku memang rambang mata.. guru besar aku pun nyempat kirim buku.. dan bagi mengelakkan aku terlupa nak belikan.. sampai-sampai je aku terus carikkan buku GB aku dulu.. pastu baru la cari buku sendiri.. aku pun takder la niat nak beli buku apa pun..kalau dapat buku nota-nota sejarah memang aku nak cari.. tapi kebanyakan kat situ sumer buku-buku latihan yang banyak..tapi tak tau la kalau aku yang tak pandai cari.. nak belajar balik kisah-kisah sejarah lama.. kalau tak dapat ni..ingat cari je nanti kat Maju Edar.. ha berbalik kesah ke PWTC tu.. nak jadi cerita.. dah penat pusing-pusing tengok buku..sudahnya komik gila-gila dengan ujang je yang aku beli..hihihi..teruk betul... abis tu.. dah takder yang aku rasa menarik..kekeke.. pastu bila dah letih..ingat nak gi la balik ke tempat berkumpul... elok aku naik lif.. tetiba ada panggilan telefon.. boleh pulak ada budak hilang.. nasib la sebelum turun dari bas tu.. memang dah bagi nombor setiap guru.. agaknya no tepon aku agak mudah..jadi budak tu senang ingat.. dah le ketua murid lak tu.. mungkin sebab dia jalan dok melilau..cikgu dia pun tak perasan.. sudahnya aku bawah bebudak ke tempat berkumpul dulu..baru la gi amik anak murid aku tu.. nasib la dia bijak dok carik orang.. pastu mintak orang tu tepon kan cikgu nya...  kalau tak jumpa..alahai..naya anak orang..

Pastu.. kitorang pun bergerak la kat zoo..masa tu pekerja KFC dan menunggu kat tempat parking untuk hantar makan tengahari... kami pun makan tengahari kat kawasan parking zoo.. memang dah lama tak ke zoo..rasanya kalau zoo negara..zaman aku kecik-kecik kot... aku pun tak ingat.. lepas je makan-makan.. tengok cuaca memang dah nak hujan.. jadi cepat-cepat bawa budak ke dalam zoo.. elok je masuk dalam tu..hujan selebat-lebatnya... alahai...camno nak gi tengok binatang..kalau hari dah hujan.. aku ngan member..usahakan jugak..kot-kot boleh naik tram.. rupa-rupanya..waktu hujan tram pun bergerak..sebab hari hujan.. keciwanya rasa.. bukan aku keciwa sebab aku tak dapat masuk.. tapi kesian kat anak-anak murid.. ada antara diorang yang tak pernah masuk zoo..jadi bila dapat gi lawatan camni..seronok la diorang...sudahnya..dengan hati yang keciwa.. kitorang pun balik..singgah hentian latar jap untuk solat.. then nak sejukkan hati anak-anak murid..kitorang singgah tesco sekejap... kemain suka lagi diorang.. tapi masa kat simpang nak masuk ke tesco.. tetiba bas yang kitorang naik..teranjak ke depan.. ingatkan pakcik bas tu tersalah masuk gear.. tiba-tiba budak-budak menjerit.. "cikgu.. ada keta langgar bas.." ya Allah.. rupanya ada satu keta kancil..dok langgar bas kitorang naik.. aku rasa kancil tu mesti bawak laju..kalau tak..takkan la bas yang besar boleh teranjak dengan keta kancil yang comel... tapi aku bersyukur sangat-sangat.. cuma kereta kancil yang langgar.. kalau lori besar ke..? anak-anak murid dok duduk kat belakang.. bas tu pun takder la rosak teruk.. cum kalau dah kancil..paham-paham je la keadaan keta.. hehehe...

posing dulu sebelum masuk zoo

murid-murid beratur nak masuk ke zoo.. tapi nampak tak awan kat belakang tu dah gelap..

hujan selebat-lebatnya..macam air mata yang mencurah-curah..

ini la keadaan belakang bas selepas kena langgar..


yang ni tak bape teruk

keadaan kancil.. standard la..keta produa..nasib keta kecik..kalau keta besar..abis radiator..

Gambar kat PWTC..? tak ada..sebab tak ingat nak ambil..ahahahha

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates