Thursday, May 31, 2012

Khamis sudaa...

Kejapnya masa berjalan..hari khamis suda.. tinggal lagi seminggu je cuti sekolah.. esok bertugas kat sekolah..harap-harap aku dapat langsaikan keja yang tertangguh.. dah nak setengah tahun sekolah..tapi carta organisasi sekolah tak siap-siap..hahahaha..teruk betul aku ni... aku pun tak tau la kenapa.. macam aku citer sebelum ni.. tahun ni macam kurang bersemangat.. padahal dalam otak..macam-macam nak buat.. apa nak jadi la dengan aku ni.. weh.. nak pencen pun lambat lagi weh..kalau panjang umur.. lagi 29 thn nak pencen.. kekekek..tapi aku takder masalah dengan mengajar... bila bab mengajar tu memang aku semangat.. lagi pun murid tak ramai..jadi boleh bagi tumpuan.. lagi-lagi skang aku terlibat dengan program untuk murid-murid tahun 6 harapan lulus ni.. atau nama sebenar program "Program Menggilap Potensi UPSR"..program ni program PPD...murid-murid yang lemah dibahagikan ikut zon masing-masing..pastu ambil guru setiap sekolah ikut zon..mengajar murid-murid ni..jadi murid-murid ni berpeluang la belajar dengan cikgu lain.. perjumpaan cuma 4 kali je.. jadi aku nak cuba bagi yang terbaik untuk diorang.. walaupun diorang lemah..tapi aku tau diorang boleh buat.. jadi kena bagi teknik yang paling mudah.. tapi diorang boleh faham.. tau-tau je la kalau subjek matematik ni... kalau budak tak paham konsep.. memang tak boleh jawap..paper 1 boleh la tembak.. kalau paper 2..? paling kurang budak mesti dapat markah 20 ke atas untuk pastikan diorang lulus.. memang cabaran untuk aku dengan kawan2 lain.. camne pun murid-murid pemulihan aku.. aku tak boleh lepas pandang..  sebenarnya ikut pemerhatian aku.. budak-budak aku tu dah ok.. cuma matematik je yang kena bagi perhatian lebih.. membaca pun dah lancar.. yang buat aku malas sket bila keje-keje sampingan ni.. itu yang lambat-lambat sket buat keje.. tapi apa nak buat.. aku yang menurut perintah.. keje-keje yang dibagi..mesti dilangsaikan samada cepat atau lambat..harap-harap buka sekolah ni buat aku lebih bersemangat.. insya'Allah.. :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates