Wednesday, July 14, 2010

UPSR semakin hampir..

Semalam baru je lepas mesyuarat murid tahun 6..apa la kaitannya aku cikgu pemulihan ngan bebudak thn 6 ni ye.. hehehe...dok menyebok je ke.. or jadik spy pada kawan2..? wakkakaka.. takder la.. memain je.. aku diberi tanggungjawab membantu guru2 thn 6 pulihkan murid2 thn 6 yg tak lulus mp matematik masa peperiksaan pertengahan tahun yg baru lepas. bagi aku tanggungjawab ni mmg berat sbb bila berkaitan dengan UPSR akan memberi kesan yg besar pada keputusan UPSR nanti.. tapi bagi aku itu la cabaran sebenar sebagai seorg guru.. aku diberi kepercayaan untuk membantu murid2 tu.. walau pun diorg tak lulus..tp markah diorg hampir2 lulus.. jadinya.. bg aku.. mmg diorg masih boleh diberi peluang dan tumpuan untuk score dalam subjek matematik.. tp bila dihitung2 hari.. mmg tak lama dh nak UPSR..busuk2 lebih kurang 10 minggu je lagi.. tup tap tup tap.. kejap je masa berlalu.. buat masa skang aku mulakan dengan tumpukan soalan kertas 2.. sebenarnya.. pada pemerhatian dan kajian aku pada soalan2 matematik.. sentiasa pada format yang sama.. bentuk soalan lebih kurang sama..cuma tukar ayat dan nombor sket je... jalan kerja semuanya sama.. kecekapan murid menggunakan fakta2 asas mengira sangat penting..dh 3 hari aku mengajar murid2 ni..kebanyakan diorg cuai semasa mengira..walaupun soalan tu senang je.. itu la masalahnya murid2 ni.. sifir pun mls nak hafal.. macam mana la.. sifir ni guna sampai ke tua.. tp aku tak kesah.. aku akan cuba bagi diorg jln kerja yg paling mudah untuk mendapatkan satu2 jawapan..memberi tumpuan pengajaran secara individu.. supaya aku tau masalah2 diorg bhgian mana yang diorg lemah...masa dh tk bnyk.. cuma latih tubi yang perlu dilakukan sekarang dan diselang selit kan sedikit dengan mengingat semula formula2 yg boleh digunakan... Aku sentiasa doakan semua murid2 aku berjaya dalam pelajaran diorg.. Kawan2 doakan aku supaya aku dapat membuat yang terbaik utk diorg..:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates