Monday, August 30, 2010

Junior VS Senior

Sebenarnya dah lama aku nak wat entry pasal hal ni.. tapi sebab kesibukan aku aritu.. jadi aku hold kan je dulu dan arini.. dengan rajinnya aku nak wat la entry pasal benda alah ni..kisahnya bermula 1 hari masa aku dok memasak kat dapur.. aku dapat 1 panggilan telefon..

Pemanggil : Hello..lia... ni Kak H ni..ko tgh buat apa..?
Aku : Tengah memasak Kak..kenapa kak..?
Pemanggil : Ni la.. akak dok menaip kat MS Word ni.. tp tetiba je dok hilang sendiri.. dia macam makan2 tulisan tu..
Aku : Hmmm... (aku mula mengimaginekan keadaan yg berlaku)

Aku bagi la cadangan kat dia bla bla bla bla bla...banyak kali gak dia call sebab jadi benda yang sama.. yang aku nak kaitkan kat cni sebenarnya.. Pemanggil yang call aku tu cikgu yang paling lama mengajar kat sekolah aku.. dan aku baru je mengajar lebih kurang 3 thn.. senior call junior mintak tlg.. aku bukan maksudkan untuk mendabik dada.. tp aku nk tekankan betapa pentingnya org lama dengan org baru bekerjasama dan saling tolong menolong..contohnya.. ramai cikgu2 lama yang kurang pengetahuan tentang komputer.. jadi cikgu2 baru yang berpengalaman tentang komputer bantu lah cikgu2 senior kita tu.. kita yang cikgu2 junior pulak.. cedok segala pengalaman mengajar yang cikgu2 senior ada untuk baiki kelemahan kita mengajar.. itu sebabnya aku sangat suka bila diadakan pengajaran bersama..terutama matapelajaran matematik..aku akan masuk bersama guru matapelajaran untuk mengajar dan bagi tumpuan murid pemulihan.. dalam masa yang sama.. aku belajar cara diorg mengajar.. aku yang guru kira masih baru.. amat memerlukan tunjuk ajar dari guru-guru lama.. baru+lama.. saling memerlukan antara 1 sama lain.. kerjasama kedua2 pihak penting sangat supaya dapat mendidik anak-anak murid berjaya sehingga ke menara gading..

2 comments:

AiTotYati said...

kerjasama .... yes!!

buli? say NO to buli!

Aku Lieya said...

yes..say no tu buli..kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates