Wednesday, December 29, 2010

Alhamdulillah...

Aku bersyukur sangat-sangat mak dengan ayah dah kembali ke tanah air 19 Disember yang lepas.. lega tak terkira rasanya dan terubat segala kerinduan.. memang hati berdebar-debar sangat pada hari mak dengan ayah nak sampai.. selagi aku tak nampak diorang depan mata.. memang gelisah.. bila sampai je kat KLIA.. terus tengok kat skrin nak pastikan samada kapal terbang dah tiba atau belum.. bila nampak je tulisan "Madina-Landed"...lega dan syukur tak terkira sebab mereka telah selamat sampai... memang ramai saudara mara jemaah haji yang menunggu.. sambil menunggu jemaah haji keluar.. kami dok posing-posing dulu..

Aku bersama en.suami tersayang..

Adik-adik bujang aku..

Ateh, Pakteh, Ika dan Kak Yah

Sedang menanti penuh debaran...

Ahli-ahli keluarga jemaah haji yang menunggu..

Menanti ketibaan mak dan ayah penuh debar..kamera dok standby je nak amik gambar mereka keluar dari balai ketibaan..

3

2

1

.
.
.
akhirnya nampak la wajah mak dengan ayah.. tapi tak ada satu pun gambar diambil.. sebab terlalu excited dan gembira bila nampak wajah mak dan ayah.. dan terus je peluk cium diorang..

Syukur padamu ya Allah.. mak dan ayah pulang dalam keadaan baik dan sihat.. dan jelas terpancar kegembiraan mereka yang telah berpeluang ke rumahMu ya Allah.. semoga suatu hari nanti.. aku juga berpeluang ke sana... amin..!


1 comments:

AnakPakZohar said...

alhamdulillah.. dah tertunai ibadah... ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates