Monday, December 13, 2010

Blog Walking..

Aha.. sesubuh pagi ni ntah kenapa tak boleh tido.. tadi balik dari memancing...sampai umah dah pukul 2.30pagi.. ditekankan 2.30pagi.. aku pun tak tau apasal.. aku dah giler memancing sekarang ni.. mula-mula memang rasa bosan.. tapi lama-lama.. bila dah merasa dapat ikan.. rasa gian pulak.. cuti-cuti sekolah ni boleh la layan.. nanti dah buka sekolah.. jenuh jugak la nak adjust timing balik..hehehe..ceh..nak cerita pasal blog walking.. boleh pulak dok citer pasal memancing.. eh tapi nak citer jugak.. tadi ada abang tu dapat pancing ketam besar.. besar sangat.. gambar ada kat dalam handphone.. esok aku update guna handphone ye..

Ok.. berbalik pada cerita tadi.. aku pun berjalan-jalan la di subuh hari.. banyak jugak blog yang wajib aku jalan tiap hari.. antaranya.. blog sahabat baik aku AiTotYati. Kami dah bersahabat sejak dari tingkatan 1.. walaupun skang dah jarang jumpa.. melalui blog la dapat perkembangan sehari-harian masing-masing..  pastu.. ada sorang lagi rakan blog yang aku suka lawat.. dia ialah YB. Aku kenal pun melalui AitotYati..sebab dia rajin dok komen kat facebook sahabat aku tu.. walaupun kami baru je kenal.. dan kenal pun melalui facebook.. tapi bila bergurau dan berceloteh tu.. macam orang dah kenal lama..

Aku rasa semua orang kenal Mazidul Akmal Sidek. Wartawan di TV3. haaa... blog dia pun aku suka jalan.. sebabnya.. memang banyak info-info dan cerita menarik yang aku dapat.. terutama pengalaman sepanjang dia menjalankan tugas.. pastukan.. ada satu blog lagi yang menarik perhatian aku.. aku pun tak tau kenapa.. sebab nya sekali tengok.. pemiliknya ada la rupa-rupa macam jimmy shanley.. aku tak tau ler kot-kot aku sorang je yang perasan..hihi.. Ben Ashaari. Cerita-cerita yang ditampal ( tiru perkataan abang Mazidul..hehehe) pun best..

Pada pendapat aku.. sebenarnya.. kadang-kadang cara kita menulis menaip kat dalam blog tu yang menarik perhatian seseorang untuk datang berjalan-jalan ke satu-satu blog. Walaupun cerita ringkas.. tapi ayat sedap dibaca best ke ayat aku ni..aku kompom akan datang lagi ke blog tu.. lagi satu.. kekadang sesetengah blog berat sangat blog aku ni ringan bebeno ke..macam-macam diletaknya yang buat aku malas nak datang..  line internet pun mainkan peranan.. tu kekadang bila ada yang datang lawat kat blog aku ni.. aku tak dapat nak balas kunjungan sebab line slow... kalau line tengah laju berdesup..abis semua blog aku merayap..

Ok la.. nak sambung jalan-jalan..tak boleh nak tido lagi ni.. kalau tido kompom terlepas solat subuh.. kalau ada blog kawan-kawan aku tak mention kat post aku ni..jangan kecil hati.. aku tetap akan datang berkunjung ke blog korang.. eceh. perasan.. macam la ramai sangat pengikut aku.. hahaha..chow minum air cincau.. ang ang ang.. doraemon...

3 comments:

mira the monster said...

fuyoo..teror memancing tuu

Irtiyah said...

Salam

Betul ke Ben dengan Jimmy tu orang yg sama. Saya rasa x kot. Muka dia memang ada iras2. Hehe saya bukan kenal sangat mereka berdua.. Pendapat saya je.

Lieya said...

Mira: sket2 boleh la..hehehe

Irtiyah: tak la.. bukan org yang sama.. kan saya cakap mcm rupa..ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates