Monday, December 13, 2010

Ketam tam tam tam


Selamat pagi semua. Post sebelum ni aku ada bagitau pasal ada sorang abang yang dapat ketam besar tu kan..ini la ketamnya..dalam masa yang sama mak ketam ni gendong anak dia.. cuba perati bebetul kat bawak ketam tu..nampak yang macam putih-putih tu.. itu la anak ketam..Jenuh jugak abang ni nak mengangkat..pulak tu dia guna batang pancing yang kecikdan halus..kalo ikut pengalaman aku..ini le ketam paling beso aku penah tengok..tu pasal jakun tu..hehehe.. Aku kalo ketam ni paling malas nak makan sebab jenuh nak kopek isi dia kalo makan..apa-apa ntah makan pun boleh malas..eh tapi aku malas bab makan ketam je..bab makan lain tolak batu, kayu ngan taik je..taik ikan bilis pun kekadang terbelasah jugak..kekeke.. Apa aku meraban da.. Berbalik pada cerita ketam..bila tengok ketam berjalan..ada satu perumpamaan berkaitan ketam.. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan...apa maksudnya kawan-kawan? Sila jawab..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates