Sunday, December 5, 2010

Disember sudah..

Esok dah 5 Disember.. tak sampai sebulan je lagi kita akan melangkah ke tahun baru.. sebelum tu aku ingin memanjat sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi..kerana hari ni adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dengan suami tersayang.. semoga hubungan kami akan berkekalan ke akhir hayat.. dan semoga kehidupan kami sentiasa diberkati oleh Allah.. serta semoga Allah mengurniakan kami zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.. masa berlalu terlalu pantas dan tak terasa..

Macam yang aku cakap.. kejap je lagi nak masuk tahun baru.. sekarang ni masa memang tak terasa.. sehari ke sehari yang dilalui berlalu terlalu cepat dan pantas.. cuti2 sekolah ni.. aku bukan g memana pun..dok rumah setiap hari.. bgn pagi.. kemas2 rumah.. masak2.. lepak2.. tau2 dah malam.. kalo aku dok teman en.suami g memancing..lagi la masa tak terasa.. sekarang pun aku menghitung hari menunggu mak dengan ayah nak balik dari Mekah.. aritu kemain lagi rasa lambatnya masa mak ayah nak balik.. sekarang ni..lebih kurang 2 minggu je lagi mak ayah nak balik..

Apa azam tahun baru ni ye.. ? azam tahun ni ada lagi ke masih belum tertunai?alhamdulillah azam aku tahun ni kebanyakan nya banyak yang dah tertunai.. dari segi kerjaya.. kehidupan..cuma masih belum dikurniakan zuriat.. aku sentiasa berdoa Allah akan mengurniakan zuriat buat aku dan suami.. azam tahun depan..? tunggu.. yang penting.. aku nak pastikan.. anak2 murid aku semuanya dapat menguasai 3M terutama murid2 tahun 3.. aku nak pastikan diorg dapat membaca dan menulis dengan baik sebelum melangkah ke tahap 2. murid2 tahun 3 tahun ni...insya'Allah aku boleh menarik nafas agak lega dengan pencapaian diorg.. cuma aku masih perlu memantau diorg.. utk pastikan diorg kekalkan prestasi diorg..

K la nanti sambung lagi.. semoga semua azam kawan2 tahun ni dah tercapai.. tp kalau masih belum tercapai.. masih boleh diteruskan tahun depan..hehehe.. chiow chin chow..!

2 comments:

AiTotYati said...

salam sahabat,

tahniah sudah setahun perkahwinan. semoga terus bahagia dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah (^_^)

Lieya said...

tq my dear sahabat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates