Thursday, January 13, 2011

Waduh waduh waduh...

Minggu ni aku terasa bertambah-tambah sibuknya.. semua rasanya nak kena settlekan.. sakit kepala dibuatnya.. aku target nak siapkan semuanya dalam Januari ni..jadi akan datang aku tak kelam kabut dah.. borang-borang rekod diagnostik untuk murid.. headcount murid.. kalau diikut.. cikgu pemulihan ni memang bersusah-susah dulu.. bersenangnya kemudian.. aku cakap macam tu sebabnya.. awal-awal buka sekolah dah sibuk mark paper.. ye la.. memula dah ada murid dicalonkan.. aku kena bagi murid-murid ujian saringan untuk pastikan diorang layak atau tidak masuk kelas pemulihan.. kalau diorang melepasi saringan.. diorang ditolak awal-awal dari masuk ke kelas pemulihan.. murid yang tak lepas saringan.. akan diberi ujian diagnostik pulak.. untuk tengok daerah-daerah kelemahan murid pulak.. dah sudah tu.. kena buat analisis dari ujian diagnostik untuk tentukan kumpulan murid..aku ni alhamdulillah la murid tak ramai.. dan kebiasaan tahap diorang lebih kurang sama.. lepas tu baru la boleh mulakan pengajaran dan pembelajaran.. pastu baru la aku relaks.. takder la relaks sangat.. kena juga sediakan bahan-bahan baru..alhamdulillah la ada juga abm-abm yang lama.. jadi boleh la digunakan semula... skang ni aku target nak sediakan kad abm mengikut setiap kemahiran.. maksudnya siap dan lengkap ada kad suku kata.. kad bergambar.. kad perkataan..kad perkataan  bersama gambar..tapi masih dalam proses.. sebab amik masa sket.. nak jimatkan kos.. aku tak gunakan printer warna.. just warna secara manual aje.. tu yang amik masa.. kalau time rajin.. rajin ler..kalau malas.. malas le.. pastu skang ni aku pegang penyelaras makmal.. sejak cikgu Zainon Abidin pindah..aku rasa makmal dah terbengkalai.. buku-buku log semua nak diperbaharui.. dah lepas proses-proses murid-murid pemulihan.. boleh la aku alih tumpuan sket pada makmal komputer.. dalam masa yang sama nak kena sediakan buku laporan untuk kelab pencegahan jenayah.. tengah fikir apa aktiviti nak buat pulak untuk tahun ni..macam tu jugak untuk aktiviti bulan kemerdekaan.. walaupun nampak lambat lagi bulan kemerdekaan.. tapi dari sekarang aku kena fikir apa yang nak dibuat.. rasa buntu jugak kepala otak.. ada sesapa nak kasi idea..? ok la.. masa dah time.. memang letih giler arini.. nanti ada masa aku bercerita lagi ye..:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates