Wednesday, February 2, 2011

Pendaftaran ditutup...?

Yuhu.. assalamualaikum semua.. arini aku nak cerita kesah yang berlaku semalam.. di suatu tempat terkemuka di Sabak Bernam.. kekekeke.. poyok je aku ni.. kesahnya bermula di sini..di suatu subuh yang hening.. lebih kurang jam 5.00 pagi.. aku dengar suara en.suami yang mengerang kesakitan.. aku yang separuh mamai bertanya kepada en.suami... apa yang terjadi kepadanya.. rupa-rupanya.. kesakitan gigi melanda en.suami.. aku pun menyuruh en.suami berkumur dengan air garam.. rupa-rupanya dia telah melakukkannya tatkala aku sedang lena diulit mimpi.. kasihannya en.suamiku.. aku pun bangun kelalokan mencarikan panadol untuk beliau makan..keesokan paginya.. en.suami tidak dapat pergi pekerja kerana kesakitan yang dialaminya.. aku seperti biasa terpaksa meninggalkan beliau kerana tanggungjawabku pada anak-anak murid.. en.suami memaklumkan bahawa beliau akan pergi ke klinik gigi pada pagi ini..lebih kurang tengahari.. aku menelefon en.suami untuk bertanya samada beliau telah pergi ke klinik gigi atau belum.. rupa-rupanya kalau klinik gigi sabak.. untuk umum..hari Khamis..aiyoyo.. gigi dah sakit giler-giler.. tapi nak kena tunggu ari Khamis baru nak buat rawatan..? so tanya la kawan-kawan mungkin ada klinik yang buat rawatan untuk umum ari Isnin..kawan suruh cuba kat Klinik Sungai Besar.. selepas pulang dari sekolah.. saya dan en.suami pun mencubakan nasib ke Sungai Besar.. sampai je sana.. aiyaks..! ari Selasa pulak.. keciwa lagik.. kekadang aku terpikir.. apa pasal la rawatan umum tu cuma hari-hari tertentu je.. lain klinik lain hari.. cuba la buat inisiatif baru.. 1 klinik khas untuk rawatan umum dibuat setiap hari.. aku paham mungkin  Sabak Bernam daerah kecil.. jadi dibuat hari tertentu untuk rawatan umum.. tapi macam tak munasabah je..kalau ada kes-kes kecemasan macam en.suami aku tu camne.. kalau yang mampu tu.. takder masalah la.. boleh g klinik swasta.. tapi yang tak mampu..? kesian diorang...

lebih kurang gini la muka en.suami yang kesakitan gigi..hehehe
So.. dari klinik Sungai Besar.. kitorang terus je g klinik gigi Norhaya yang paling pemes kat Sungai Besar.. bukak-bukak je pintu.. nampak kat kaunter ada tulisan "Pendaftaran di tutup". aik? cam nak daftar-daftar sekolah pulak..ada bukak ada tutup.. aku pun tanya la kat staf klinik tu.. punya la bengang sebab dia cakap ramai lagi yang nak wat rawatan.. aku pun terus je sound.. "habis dah sakit sangat-sangat takkan nak tunggu sampai esok baru boleh buat rawatan?". dah la klinik kerajaan tak boleh nak wat rawatan.. klinik swasta pun takkan la tak boleh nak wat rawatan.. so aku pun berusaha keras memikior kat mana la klinik gigi swasta lagi yang ada..terus call kawan-kawan sekolah kot ada yang tau.. rupanya ada lagi 1 klinik yang berdekatan dengan pejabat pos Sungai Besar..Klinik gigi Jeya.. baru la aku tau rupa-rupanya klinik tu dah lama dibukak..sampai-sampai memang ramai orang.. tapi memang tak tunggu lama sangat la nak dapatkan rawatan.. sambil-sambil en.suami tunggu giliran.. sempat la sembang-sembang dengan akak-akak kat situ pasal klinik gigi Norhaya tu.. rupa-rupanya klinik tu selalu orang buat appoinment kalau nak datang..tu yang kadang-kadang diorang tak terima pendaftaran baru.. dah alang-alang macam tu.. buat macam klinik kerajaan yang dah pampang siap-siap waktu rawatan supaya tak rasa sakit hati sangat bila datang tak boleh wat rawatan.. kalau dah tau klinik banyak wat temu janji.. tentukan la masa tertentu.. ni yang tetiba rasa nak jadi doktor gigi dan buka klinik sendiri.. ada kaitan tak..? hehehe

3 comments:

zaraSa will survive said...

sabar ajelaaaaa.....
tapikan kalau dah sakit sangat, memang nekad aje, tak kira free ke bayar ke??? kalau disuruh bayar seribu pun kira sanggup sbb dah sakit sangatkan... (pengalaman dari org yg pernah tak tidur malam kerana sakit gigi geraham)

Lieya said...

yeh..setuju..!

e.l.i.z.@ said...

larrr ada jgk klinik swasta mcm tu...ramai sgt org. agaknya bagus sgt kot service dentist tu hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates