Sebenarnya malam ni.. aku terpanggil nak tulis entry tentang ego.. atas sebab ada sedikit rasa kecil hati yang berpunca dari keegoan seseorang.. aku cuba google tentang dan maksud sebenar ego.. yang aku dapat dari sumber blogger lain..macam mana pun aku tetap nak tempekkan info yang aku copy dari blog anizyn ni..
---------------------------------------------------------------------------------------------
Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetapi dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-
1. Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia.
2. Menolak kebenaran atau Kufur.
3. Meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya.
4. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain.
5. Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.
6. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri.
7. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. .
8. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak.
9. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.
10. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja.
11. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain.
12. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
13. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.
14. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran.
15. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya.
16. Sangat suka berbahas. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran
tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah..
---------------------------------------------------------------------------------------------
Aku sentiasa berdoa orang tu sentiasa muhasabah diri..dan mudah-mudahan Allah berikan petunjuk pada dia.. aku pun mengingatkan diri aku sendiri untuk terus bermuhasabah padaNya.. bagi aku.. tak salah kadang kala kita menunjukkan sifat ego..bagi mengelakkan sesuatu pihak memijak kepala kita.. tapi kena lah pada tempatnya.. aku takut kalau sifat yang terlalu ego.. boleh memakan diri..macam entry sebelum ni..roda tu bulat.. hari ni ko rasa diri ko kat atas.. satu hari...kompom ko akan berada di bawah gak.. jadi.. fikir-fikirkan lah..
Monday, March 14, 2011
Sifat Ego
Posted by Lieya at 11:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam lieya,
terlalu ego pun tak bagus.
takde ego pun tak bagus.
kan?
wa'alaikumussalam sahabatku...
tu la.. susah betul la... kebanyakan org memang ada ego masing2.. tp org yang aku jumpa ni..melampau2 ego dia.. sampaikan ke org tua pun nak tunjuk ego dia..memang sakit hati aku..
Post a Comment