Wednesday, April 6, 2011

Kisah Termalu 3

(Sumber:en.google)
Kisah ni betul-betul baru berlaku.. hari Isnin yang lepas.. Lepas rehat kat kantin aritu.. aku call Lembaga Perumahan untuk tanya status rumah baru aku.. aku ni tinggal tunggu untuk dapatkan kunci je.. pembayaran semua dah settle.. jadinya aku pun dapat la berita gembira yang aku dah boleh gi amik kunci umah.. dan kerani tu cakap.. pembayaran hanya diterima sehingga pukul 4..  sebab nya kalau nak ambil kunci aku kena bayar duit masukkan elektrik dan air je.. jadinya...ari Isnin tu jugak aku gi amik kunci rumah.. sebelum tu aku balik umah mak aku dulu..sebab nak guna kereta mak aku untuk ke Shah Alam.. kereta aku ada prob sket..jadi tak berani nak bawak jauh-jauh.. aku gerak dekat kol 2.. dan aku target aku akan sampai sebelum kol 4.. bila sampai kat tol bukit raja.. tetiba jem giler-giler.. masa tu lebih kurang kol 3.40 petang.. sakitnya la hati aku..apasal lak boleh jem ni... aku cakap dalam hati.. rupa-rupanya ada eksiden.. dan aku nampak..yang eksiden tu salah sorang lecturer aku masa kat IB aritu.. tapi sebab aku nak cepat.. aku takder la nak berenti-berenti.. takut dimaki dek orang lak wat tambah-tambah jem..aku sampai kat kawasan bangunan Sultan Abdul Aziz tu lebih kurang kol 3.55.. aku dah menggelabah dah ni..sebab takut kaunter bayaran dah tutup.. sebab dah la datang jauh-jauh.. tak pepasal nak kena patah balik..sebenarnya aku masa tu... memang tengah nak menahan buang air kecil.. memang tak tahan dah rasanya.. sebab nak kejar masa..aku tahan..LPHS kat tingkat 5.. sebenarnya kat tingkat bawah pun ada toilet.. sebab konon-konon dah nak kejar masa aku pun cadang nak buang air kat tingkat 5 je..sebab aku tau ada toilet jugak.. sampai je tingkat 5 aku pun bergegas ke toilet.. bila masuk je toilet.. terperanjat aku nampak satu tubuh lelaki... rasa-rasanya korang tau tak pasal apa aku termalu.. pasal aku termasuk tandas lelaki.. bila dah nampak je orang tu.. barula aku pandang ke pintu.. dan nampak simbol lelaki...hahhahahahaha.... malunya la aku ngan jejaka itu.. nasib la aku dah kawen..kalo tak memang boleh jatuh saham..dan aku pun say sorry la kat orang tu.. nasib la aku masuk tu terus nampak lelaki.. kalau aku dah masuk toilet... then keluar tengok ada lelaki...lagi la naya.. kekekeke... tapi alhamdulillah la.. urusan pengambilan kunci rumah pun dapat diselesaikan.. alah..diorang boleh lewatkan tutup kaunter bayaran tu.. dan sebelum balik.. aku wat benda ala-ala wajib kalau aku sampai Shah Alam.. layan ABC coklat kat Seksyen 2..

Ini la ABC Coklat yang sedap dan lazat tu...

2 comments:

AiTotYati said...

fyuhhh dah dapat kunci umah. ni boleh make2 dah ni
:D

Lieya said...

insya'Allah boleh.. nanti aku wat house warming aku bgtau..tp nak renovate sket2..hhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates