Syukur pada Allah.. atas kelahiran orang baru dalam keluarga kakak aku keluarga aku la tu dan abang iparku.. Bayi yang dilahirkan pada 1 April 2011.. pada jam 1.42 petang..diberi nama Muhammad Irfan Shah bin Shahril.. dengan berat 2.97kg... agak comel beratnya berbanding semasa kelahiran kakaknya Intan Nurfarhana dengan abangnya Muhammad Iskandar Shah.. hehehe..
Kaklong aku sebenarnya dah masuk wad 2-3 hari sebelum melahirkan.. jadi masa ari Jumaat tu... 1 April.. hari tu aku amik cuti dan dah ada kat Kuala Pilah dengan mak aku.. kakak aku mesej aku pepagi.. dia cakap akan masuk labour room selepas subuh.. aku pun bagitau la kat abang ipar aku..abang ipar aku terpaksa jugak g sekolah aritu.. sebab dah cuti beberapa hari sebab kakak aku masuk wad.. jadi aku pun wakilkan dia.. terus ke hospital Kuala Pilah.. masa tu lebih kurang kol 8.30pagi.. aku tanya kat nurse... dia cakap masa tu baru 2cm.. nurse suruh aku datang atau call semula dalam kol 12 tengahari..jadi aku fikir.. lambat lagi.. kesian jugak kat mak aku nak kena urus anak-anak buah aku tu..aku pun balik rumah.. bila balik umah tu.. dalam kol 12 aku kol lagi.. nurse cakap baru 3cm.. nurse suruh aku call lagi dalam kol 2..aku dah terbayang kakak aku akan bersalin petang..abang ipar aku pun dah call aku tanya keadaan kakak aku.. .. dalam kol 2 .. abang ipar aku balik.. aku ingatkan dia dari sekolah.. rupa-rupanya dia memang dari hospital..abang ipar aku nak masuk labour room tapi tak dibenarkan.. itu yang aku pelik..setau aku la.. suami dibenarkan masuk untuk bersama-sama dengan isteri..tapi mungkin masa tu ramai sangat nak bersalin.. jadi tak dibenarkan masuk..kebetulan masa abang ipar aku sampai rumah.. si abang Iskandar dah meragam ajak berjalan.. dia bawak anak-anak dia jalan-jalan.. aku pulak call hospital balik lepas abang ipar aku bawak anak-anak dia berjalan..rupa-rupanya kakak aku dah bersalin alam kol 1.42pm..dah dapat berita kaklong dah bersalin..cepat-cepat aku call abang ipar aku.. mungkin sebab tengah drive..telefonnya tak berangkat.. bila dia sampai..cepat-cepat aku bagitau dia kakak aku dah bersalin.. terperanjat la dia.. sebab lebih kurang masa tu dia masih ada lagi kat hospital.. macam mana pun.. syukur sangat-sangat sebab kaklong aku dah selamat bersalin...
Inilah dia.. Muhammad Irfan Shah |
Esoknya.. pepagi aku call kakak aku.. dan dia bagitau dah boleh keluar tengahari... abang ipar aku dah mula sambung belajar.. kelasnya dari pagi sampai ke petang.. jadi sekali lagi aku wakil dia amik kakak aku ngan Irfan..
Mamangah tengah dukung Irfan sebelum nak bawak Irfan balik keesokan harinya.. |
Ok.. masa untuk pulang ke rumah.. tengah tunggu mama Irfan amik ubat.. mamangah g amik kereta ye.. |
Sangat-sangat gembira.. hari Sabtu tu.. family aku ramai yang datang.. nenek..makngah..Dekti dan Paklong sekeluarga..hari Ahadnya.. family abang ipar aku ngan kakak sepupu aku Kak G pulak datang.. seronok berkesempatan berkumpul beramai-ramai.. semoga Muhammad Irfan Shah akan menjadi anak yang soleh.. baik..bijak..cerdik.. dan pandai..oh yee.. waktu entry ni aku tulis.. Irfan kena masuk hospital sebab sakit kuning.. semoga Irfan cepat sihat ye sayang.. dan cepat-cepat balik rumah..
0 comments:
Post a Comment