Monday, May 9, 2011

Apa la nak jadi..?

Sabtu malam ahad aritu.. aku ngan hubby gi Kuala Selangor.. main bowling.. janji dengan member sekolah aku.. oleh sebab lane penuh.. jadi kami booked untuk main lebih kurang kol 10.30.. jadi aku ngan en.suami gerak ke Kuala Selangor dalam kol 9..sampai je sana.. kami pun main dalam 4 game seorang.. dah habis main dalam kol 1pagi.. tak singgah ke mana-mana.. terus je balik.. on the way balik tu.. seperti yang aku jangka..mesti ada bebudak rempit kat tepi jalan sepanjang dari tanjung karang ke pekan sekinchan..sebelum ni aku dah pernah nampak.. tapi masa tu ada kereta peronda.. jadi mungkin diorang tak berani nak merempit.. tapi masa aku balik malam tu.. memang banyak giler moto kat tepi-tepi jalan.. geram je aku tengok.. kebanyakan aku tengok diorang budak-budak bawah umur..dan masa aku kat kawasan Sungai Burong.. ada la 3 buah moto.. masing-masing memang tak berhelmet.. bawa moto bersaing-saing.. siap buat aksi macam gambar kat bawah ni...

(Sumer: En.Google-kredit tu tuan gambar)
 yang buat aku risau.. dalam gambar ni.. orangnya berhelmet.. diorang tu tak berhelmet.. en.suami memang pandu kereta bebetul berhati-hati..aku tak le kata sebelum ni en.suami bawak tak berhati-hati.. tapi disebabkan bebudak ni bawak moto yang sangat laju..dengan aksinya.. buat aku rasa kecut perut.. dah la jalan tak rata...kalau silap langkah.. kot tergolek.. tak ke naya..pastu ada pulak lori besar...lagi la aku tambah kecut perut.. aku harap lepas ni.. ada la pihak berkuasa yang alert tentang hal ni.. diorang ni sesilap boleh mati free-free je dengan aktiviti diorang...apa la nak jadi...?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates