Saturday, May 7, 2011

Kempen Pencegahan Jenayah /Rakan Cop

Tahun ni Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam anjurkan  Kempen Pencegah Jenayah selamat tiga hari dari 5 Mei hingga 7 Mei 2011 di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam. Jadinya.. aku selaku setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah dipertanggungjawabkan untuk bawa murid-murid untuk lawatan pameran hari Jumaat semalam.. sebenarnya aku yang memang mohon pada guru besar untuk bawa murid-murid ke sana.. awalnya aku cuma mintak bawa 4 orang murid je.. oleh sebab tak berapa jauh dari sekolah.. guru besar benarkan bawak semua murid tahap 2.. wah.. memang peluang la untuk anak-anak murid pegi pameran ni.. Aku memang dah dapat gambaran tentang pameran ni sebab 2 tahun lepas aku bawa murid 4 orang..masa tu dibuat kat Dataran Taman Berjaya..kat rumah mak ayah aku tu... banyak pihak yang buat pameran.. PDRM memang dah tentu lah.. ada pihak Syabas..JPJ siap buat pemeriksaan kenderaan lagi.... Bank Rakyat, BSN, Agro Bank pun ada.. ngan banyak lagi la agensi yang wat pameran..aku pun tak ingat.. Sebenarnya ada acara lain jugak.. pertandingan mewarna kanak-kanak.. pertandingan karaoke..Ketua Polis Negara pun ada datang.. tak silap aku ada jugak acara payung terjun.. ceramah agama pun ada masa hari pertama tu..Sumer murid-murid aku lebih kurang 40 orang dibawak naik dengan 8 buah keta.. diorang dibagi rehat awal.. lepas je makan terus berkumpul kat dataran perhimpunan..dan terus gerak ke Tanah Lesen.. kitorang ada kat sana lebih kurang sejam la..tak boleh lama-lama di sana..sebab kat sekolah ada acara lain pulak yang menanti.. jadi nikmati je lah gambar sepanjang kat sana..hehehe


Kereta-kereta kebal..

Jet ski Polis Marin

Posing ngan abang-abang polis marin..ehhehe

Pistol-pistol

Anak murid Pendidikan Khas..tengah bersantai..

Sempat gak aku posing ngan senapang..kekeke

Bersama cikgu Hajar.. guru paling senior di SKTR

Senapang yang aku posing tadi..hehehe

Pemeriksaan Kenderaan oleh JPJ pun ada..

Posing ngan Eagle

Keadaan dalam Eagle

Enjin Eagle

Alat hisap dadah

Jenis-jenis dadah

Jenis-jenis pil

Kereta-kereta kebal ngan ada..

Pameran dari Syabas

Anak-anak murid posing ngan polis marin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates