Sunday, May 8, 2011

Salam Perpisahan


Lepas je balik dari pameran Kempen Pencegahan Jenayah semalam..semua murid berkumpul di dewan sekolah untuk mesyuarat antara rumah sukan bagi melantik ahli jawatankuasa rumah sukan.. murid-murid pun dibahagi sama rata pada rumah-rumah sukan.. dah selesai mesyuarat rumah sukan.. ada Majlis Perpisahan dengan Pn Hjh Khairunnisah binti Abdul Aziz.. Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah aku.. lebih kurang 3 tahun berkhidmat di sekolah aku yang mengikut suaminya yang berkhidmat sebagai Pengetua Cemerlang di SBPI Sabak Bernam.. beliau akan berpindah pulang ke kampung halaman beliau di Batu Gajah Perak..juga mengikut suaminya yang akan berpencen pada bulan Jun nanti.. suasana sedih menyelubungi semua orang.. banyak perubahan yang beliau dah lakukan untuk sekolah.. dan dengan kehadiran beliau serta kerjasama semua guru.. berlaku peningkatan yang amat ketara bagi keputusan UPSR di sekolah aku 3 tahun berturut-turut.. dan kemuncaknya pada tahun lepas sekolah berjaya mendapat keputusan 100%. Walaupun beliau sudah tidak berkhidmat di sekolah aku lagi..aku berharap.. keputusan 100% dapat dikekalkan... Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada cikgu atas tunjuk ajar yang diberikan.. terima kasih juga atas kerjasama dan tolak ansur serta peluang-peluang yang diberikan kepada saya untuk saya terus belajar dan maju dalam pengurusan di sekolah.. semoga cikgu sentiasa berbahagia dan sihat selalu disamping keluarga tersayang.. dan semoga cikgu terus maju di sekolah baru... jangan lupa doakan anak-anak murid di sini supaya mereka berjaya di dunia akhirat.. Salam perpisahan dan selamat berkhidmat di sekolah baru..Jasamu dikenang...

2 comments:

Yunus Badawi said...

Benih yg baik jatuh ke laut jadi pulau.

Lieya said...

YB:kalau tak baik? hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates