Sunday, May 29, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor

Ok..sambung kesah sambutan hari guru lagi.. kali ni aku diamanahkan untuk jadi AJK cenderamata dan hadiah Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor... acara diadakan di Dewan Besar Politeknik Sabak Bernam.pada 23 Mei 2011..Acara dirasmikan oleh YB Dr Mohd Fuad bin Zarkasi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia..tahun ni daerah Sabak Bernam jadi tuan rumah..jenuh jugak ler persiapannya... hari Khamis dan Sabtu diadakan raptai.. acara peringkat negeri..boleh tahan besarnya.. semua pihak mainkan peranan penting.. macam aku ni..jadik AJK hadiah.. kalau salah susun hadiah dan tak sama dengan pengacara... kelam kabut la jawabnya majlis.. majlis boleh tahan meriah.. acara dimulakan dengan  gimik roket..ucapan-ucapan dari Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor dan perasmian oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia..pastu acara penyampaian hadiah anugerah inovasi dan tokoh guru..pastu acara santai  yang memang menarik dari murid-murid.. gabungan pentomin dengan tarian dan nyanyian nasyid.. si cilik pra sekolah dari SK seri makmur menari.. tarian 1 Malaysia.. persembahan band dari SMK Ungku Aziz serta nyanyian-nyanyian solo termasuk ayah aku la tu..tutup semua kelemahan yang ada,..bagi aku semua tu pengalaman buat aku..seronok dapat bekerjasama dengan guru-guru dari sekolah lain..sebenarnya dah tak larat nak menaip..nikmati je la gambar-gambar yang ada..hehehe..:)

Persiapan terakhir dewan

Aku pun nak posing jugak..hehehe

Hadiah-hadiah yang ada..

Hadiah buat tokoh-tokoh guru

Acara persembahan murid-murid pra

Tag meja



Barisan AJK Hadiah terdiri dari SK Teluk Ru, SK Seri Makmur dan SK Pasir Panjang

YB Dr Mohd Fuad bin Zarkasi merasmikan majlis

Ayahanda tersayang pun buat persembahan



Posing dengan ayah selepas majlis

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates