Saturday, May 28, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat SKTR


Assalamualaikum semua.. lama dah tak mencoret kat sini.. kebetulan bercuti di rumah kakak di Kuala Pilah.. aku amik kesempatan ler gunakan kemudahan tenet yang ada kat rumah dia..hehehehe..skang ni pun dah rasa lega..sebab rumah dah siap kemas..tinggal untuk tambah dapur..ari senin nanti baru decide.. ops.. dah macam nak lari tajuk je..

Berbalik pada tajuk..sekolah aku sambut hari guru tepat pada tarikh sambutan hari guru.. 16 Mei.. kali ni memang agak meriah.. sebabnya acara sukaneka yang simple tapi menarik.. terima kasih bebanyak pada AJK PIBG yang sudi anjurkan majlis untuk kami..pepagi acara ucapan-ucapan dulu..ucapan YDP PIBG.. ucapan ketua murid dan ucapan guru besar..lepas acara kat tapak perhimpunan.. sambung acara sukaneka.. acara yang memang best.. bowling tin..uji minda dan pingpong.. sikit je kan acaranya. tapi tetap meriah..

Lepas acara sukaneka.. acara santapan pulak.. hehhehehe..itu memang wajib..murid-murid pun dapat makan free aritu... pastu sambung pulak acara kat dewan.. aku macam biasa.. pengacara majlis tetap dan berpencen..hehehehe... tak kesah la.. dah memang suara aku sedap kot..hahahaha...macam penyanyi la pulak.. padahal jadik pengacara majlis je..kat dalam dewan macam biasa la.. ada bacaan-bacaan perutusan.. persembahan nyanyian dari guru-guru dan murid... memang bangga sangat kali ni sebab anak-anak murid permulihan aku buat persembahan.. walaupun tak seberapa.. tapi diorang tetap berani untuk buat persembahan..memang penuh kesabaran.. persediaan 2  hari memang tak sempat la nak hafal lirik.. tapi bila menjelang hari nak buat persembahan.. kertas-kertas lirik tak bawak.. nasib la cikgu ni ada backup.. sekejap je dapat lirik tu balik.. diorang wat persembahan nyanyian lagu "rasa sayang".. persembahan lain..boria dari tahun ..lakonan murid pendidikan khas..marhaban murid lelaki tahun 5 dan 6.. dan bacaan puisi dari murid tahun 4.. memang happy sangat.. dan paling terharu..bila dapat hadiah dari murid pemulihan.. dah le aku memang selalu marah dia..tapi dia tetap ingat kat aku dan nak bagi hadiah kat aku.. teringat aku penah wat statement "Seronok ke kat kelas pemuliahan? Cikgu kan garang.." pastu dia jawab "Tapi cikgu baik.." waduh..cair terus hati aku..

Acara paling akhir..macam biasa la.. acara penyampaian cenderamata ngan tukar-tukar hadiah..pastu umumkan pemenang sukaneka.. rumah hijau johan.. tempat ke-2 rumah kuning.. dan tercorot rumah merah.. rimau hijau aku le tu..hehehehe..oh ye.. lupa pulak aku.. hari ni jugak merupakan hari terakhir PK HEM Cikgu Yati berkhidmat ke sekolah aku.. Cikgu Yati berpindah ke SK Bagan Terap.. jadi buat juga majlis perpisahan untuk cikgu Yati.. majlis memang habis ngam ngam dalam kol 1.10 petang..kat bawah ni ada la sket-sket gambar yang sempat di "snap".. :)


Aku sebagai pengacara majlis

Bacaan Perutusan dari Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Cikgu Safari

YDP PIBG dan Guru Besar

PK HEM Cikgu Yati dan PK Koko Cikgu Mariam

Murid-murid pemulihan yang membuat persembahan..

2 comments:

AiTotYati said...

wahh meriah yuuuu

Lieya said...

Yati:meriah tak bape meriah..sekolah kecik je t..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates