Tuesday, August 16, 2011

Hari ke 16 berpuasa..

Diam tak diam dah 16 hari umat Islam berpuasa.. kejapnya rasa..lebih kurang lagi 2 minggu dah nak raya..huhuhu.. tak sabar rasanya.. apa yang tak sabar agaknya ye..? entahlah.. mungkin sebab dapat peluang nak jumpa anak-anak buah.. hehehehe...arini kalo ikut plan en.suami nak bercuti berniaga.. ok jugak aku cakap dalam hati sebab boleh la pegi membeli apa yang patut.. persiapan untuk raya hapah pun tak buat..langsir pun tak pasang lagi..rumah memang bersepah tak tau nak kata la..biasanya..kalau waktu balik sekolah..aku akan balik terus.. tak berlengah-lengah lagi sebab nak kena tolong en.suami kat rumah.. jadi sebab dia kata arini nak cuti.. aku pun berlengah-lengah..memang kebetulan ada kerja yang aku kena settlekan.. dan aku nak berjumpa dengan GPK kokurikulum.. kebetulan aku jumpa GPK koko kat dalam dewan..tengah dok bersembang dengan Guru Besar.. Khamis malam Jumaat ni sekolah aku ada buat majlis iftar..jadinya buat la persediaan untuk hari Khamis malam tu..sebab esok dah cuti Nuzul Quran..dah tengok diorang bersembang.. aku pun duduk la join jugak.. asalnya memang nak jumpa GPK koko tu.. tapi dia dah dok bersembang..takkan aku nak menyampuk pulak.. tapi sebenarnya Guru Besar tengah bercerita pengalaman dia masa kat Mekah.. jadi memang kesah menarik dan seronok untuk didengar la.. lama jugak aku mendengarnya.. pastu bila balik..aku sempat la menyinggah petronas isi minyak..pastu pasaraya Kimson..beli barang-barang keperluan berniaga...sampai je rumah.. aku angkut barang-barang aku dah beli..aku tengok en.suami dok ikat ayam kat buluh..ler.. mati-mati aku ingat tak jadi berniaga.. rupa-rupanya abang yang kami selalu order ayam tu dah siap-siap potong kan ayam untuk kami..takkan la kami taknak beli kot.. lagipun kami dapat dengan harga yang cukup murah..jadinya..kelam kabut la aku.. letak-letak barang.. gi solat jap.. terus tolong en.suami..aku sampai rumah dekat 2.30petang..kalo ikut time tu dah berkemas-kemas nak ke bazar..tapi time tu baru sibuk nak ikat ayam.. dah la aku dah bagitau adik yang tak jadi berniaga...kebetulan kredit handphone pun takder.. nasib la umah parents aku kat pekan sabak nun.. on the way aku nak ke bazar.. terus singgah bagitau adik yang arini jadi berniaga dan suruh dia call kawan yang bantu kitorang tu... nasib la tak lewat sangat kami sampai bazar.. haih..macam-macam.. tapi yang pasti..aku melepas nak gi shoping..huhuhu...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates