Sajak Guru Oh Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Sempena hari yang mulia ni.. aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat kedua ibu bapa aku (ayah masih mengajar..tp mak dah pencen), Kak long ngan abg long..Pak long, Ateh n Pakteh...Kawan-kawan bergelar guru..Kalian sumber inspirasiku menguatkan semangat untuk aku menjadi seorg guru...Tak lupa semua guru-guru aku semasa aku bersekolah di SK Dr. Abd Latiff (1988-1993), Sek Men Ungku Aziz (1994-1996), SM Teknik Tuanku Ja'afar (1997-1998), Pensyarah2 di Fakulti Sains Komputer (1999-2004) UTM, Skudai dan Pensyarah2 di IPGM Kampus Bahasa Melayu.. semua jasa dan tunjuk ajar kalian akan sentiasa dalam ingatan dan tidak terbalas olehNya.. moga kalian semua sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni sentiasa...amin..:)
Friday, May 14, 2010
Selamat Hari Guru
Posted by Lieya at 2:44 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment