Tuesday, October 19, 2010

Aktiviti hujung tahun

Hai semua.. lama jugak tak mengepost kan diri..hehehe.. dah akhir2 tahun ni sekolah agak busy.. banyak aktiviti nak dijalankan.. termasuklah aktivit peringkat daerah.. ntah kebetulan sejak aku pergi kursus kat cameron tu dan dilantik sebagai guru ICT.. rasa makin banyak perkara nak dilaksanakan.. minggu ni aku kena pergi buat pemantauan kelas2 pemulihan khas kat zon sabak.. seronok jugak.. sambil2 tu dapat melawat kelas rakan2 guru pemulihan khas (GPK.. kitrg GPK jugak tau) yang lain.. menimba pengalaman jugak.. lebih kurang 2 minggu lagi (29-31 Oktober).. ada karnival ICT anjuran PPD Sabak Bernam kat Sg Besar.. ala2 mini pc fair la.. dalam masa yang sama diadakan pelbagai jenis pertandingan.. jadi kena hantar peserta.. nanti selepas aku balik ke sekolah semula.. kena cari calon yg sesuai untuk masuk pertandingan.. kemudian 3 November.. aku akan bawa murid2 pemulihan ke Karnival Pemulihan Khas pulak di Shah Alam.. banyak acara gak dipertandingkan..masa ni la nak bagi peluang kat murid2 aku untuk tonjolkan bakat diorg...Bila tgk tarikh 3 November.. 1 keje lagi perlu diselesaikan.. Pelan Strategik 2011-2015 aku kena siapkan..sbb kena hantar tarikh yg sama aku nak g Shah Alam tu..Minggu depan..murid2 pereksa akhir tahun pulak.. untuk murid2 pemulihan.. aku dah buatkan ujian saringan akhir.. dan data perlu dihantar sebelum 8 November.. Ini belum lagi persediaan hari kecemerlangan sekolah.. banyak perlu di"list" kan supaya tak ada yang tertinggal menjelang nak cuti akhir tahun.. tp aku rasa.. kawan2 lain pun mungkin lagi banyak keje kena selesaikan.. chaiyok2 kawan2..

Alhamdulillah emak dan ayah aku dapat pergi menunaikan haji tahun ni... mereka akan berangkat pada 31 Oktober 2010.. semoga emak dan ayah akan mendapat haji mabrur.. aku sebagai anak memanjatkan syukur sangat2.. kerana hasrat emak dan ayah tercapai...

2 comments:

AiTotYati said...

semoga mak ayah ko selamat pergi dan pulang ye

Lieya said...

makasih sahabat.. ada nak kirim doa tak..? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates