Sunday, October 24, 2010

Story mori ujung minggu..

Yuhu.. hai semua.. petang2 ni.. tak tau nak buat apa.. sambil2 melepak2 layan fb.. teringat plak nak layan blog.. dah dekat seminggu gak tak mengupdate blog... sahabat baik saya punya tag pun tak balas lagi..jangan mara ha yati.. nanti aku balas.. kekeke.. alhamdulillah.. semalam dah selesai majlis tahlil dan doa selamat kat rumah aku.. sempena keberangkatan ayah dan bonda ke Mekah.. ramai juga yang sudi hadir.. terutama jiran2 dan saudara mara.. kawan2 sekolah aku ada gak yang datang.. 3 dari 4 org pentadbir sekolah aku pun datang.. sori la kalo ada yang aku terlepas pandang untuk dijemput.. kawan2 mengajar pun aku jemput dah ari Jumaat..Yang paling aku tak sangka.. geng aku masa kat UTM n merangkap roomate aku masa kat UTM dulu pun datang.. memang teramat kebetulan sangat.. rezeki dia nak dapat makan kenduri.. dia dan suami nak bercuti kat Dorani Bayu Resort.. niat dia mmg nak jumpa aku sekali..n aku pun tak tau bila sebenarnya dia nak datang..rupanya semalam..cuma ikut rancangannya.. dia dah jumpa resort baru nak datang jumpa aku.. rupa2nya.. punya lah jauh terlajak.. dah sampai kat pekan sabak terlajaknya.. dah kebetulan dia mmg dah sampai pekan sabak.. aku pun terus ajak dia ke rumah.. dapat la jumpa kawan lama..sembang2 la kenangan lama.. terutama.. masak2 guna rice cooker.. n yang paling tak bleh lupa.. bila masak cekodok dalam rice cooker.. nak masak bukan main lama...ada la dalam sejam lebih.. tp bila makan.. 5 minit dah habis..kekeke

Tapi yang aku geli hati tu.. makngah aku dari N9 pun datang jugak..cumanya.. majlis kenduri mula dalam kol 11.00 pagi.. tapi dia baru nak naik bas dari Seremban kol 11.30 pagi.. jadinya..bila dia sampai tu.. memang majlis dah habis la tu.. tapi sbb nak jumpa kakak punya pasal..makngah aku datang jugak.. dalam kol 2.30 ptg aku jemput makngah kat stesen bas Teluk Intan.. mmg betul agakan aku.. kitrg sampai je kat rumah semula.. khemah pun dah siap dikemas..kekeke.. tp.. makanan.. masih ada lagi.. hehehe..

Lepas je solat maghrib.. apa lagi.. aktiviti mengemas dapur.. aku ngan kak long mengemas habis-habisan.. mana yang dah rasa tak elok kami buang je.. mmg sayang.. tp kalau dah banyak2 sangat.. tak ada siapa nak makan.. bila dah mengemas dapur.. baru la relaks rasanya.. kalo tak.. mata ni punya la sesak..rimas tgk bersepah2..yang aku tak tahan tu.. anak buah aku yang kecik si Iskandar pun sibuk tolong "mengemas" kat dapur.. kekeke..

Pagi arini.. sorang..sorang berangkat balik.. makngah aku tumpang kakak sepupu aku balik sampai Komuter Kelang n terus ke Seremban.. biasanya kakak sepupu aku akan balik lewat.. tp sebab arini ada konvokesyen tadika anak dia yang bongsu.. kena la balik awal.. kak long n family lak balik dalam kol 11.00 pagi.. sedeynya nak berpisah ngan anak2 buah.. tapi bersykur sangat2 sebab si kakak tak menangis kali ni.. kalau tak jenuh la aku nak mencari idea supaya dia tak menangis.. sebab memang dan kebiasaan.. kalo aku pegi rumah dia.. atau dia balik ke mari.. tiap kali nak balik.. mesti dia akan menangis nak ikut or taknak balik... so aku kena la carik trick supaya dia tak menangis.. hehehehe

Bila semua org dah balik.. tinggal aku ngan hubby je.. kami lepas maghrib kang baru balik.. tp rasanya macam nak tido cni je sepanjang minggu depan.. sbb nak bantu mak ngan ayah wat persiapan lagi apa-apa yang patut.. sekarang ni.. aku memang merelakskan diri.. hubby lak dah g memancing ngan adik.. mak ngan ayah pun tgh duduk rehat2.. yang aku risau 1 je.. takut aku tersambung tido lak..heheheh

2 comments:

aitotyati said...

semoga mak ayah ko selamat pergi dan pulang dan mendapat haji mabrur!!!

Lieya said...

terima kasih sahabat... amin..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates