Tuesday, December 14, 2010

Aktiviti cuti sekolah..

Assalamualaikum .. hai semua.. bila cuti sekolah ni.. memang selalu la dok tido lambat.. sampai kan bila kawan-kawan kat facebook nampak aku online.. diorang dok tegur.. tak tido lagi..? aku pun tak tau kenapa susah sangat nak tido awal.. nampak sangat timing dah lari.. nak buka sekolah nanti kena adjust masa balik..kalo tak alamatnya pagi-pagi dah mengantuk.. cerita pasal cuti sekolah ni.. aku perati.. ramai juga kawan-kawan yang pergi bercuti.. seronoknya la kan..ada yang ke Langkawi.. ada yang ke Melaka.. walaupun kat KL.. masih banyak tempat yang boleh pergi macam Petrosains.. Aquaria.. Zoo Negara..Dulu  masa en.suami dok KL ..boleh jugak aku panjangkan langkah ke mana-mana.. tapi sekarang.. dok terperap je la kat umah.. tak pun..macam biasa la.. aktiviti memancing.. sejak cuti sekolah.. baru sekali je aku balik KL.. itu pun sebab bapa saudara en.suami meninggal dunia.. sebenarnya memang teringin nak berjalan-jalan.. ke Langkawi ke.. Sabah ke.. Sarawak ke.. tapi masa masih belum mengizin kan.. en.suami pulak kena keje.. Cuma weekend je dia bebetul free dan masa tu la dia nak berehat.. tapi aritu ada gak la ke Teluk Batik.. jadik la.. dari tak kemana-mana.. hehehe.. lagipun mak ayah tak ada ni.. rasa tak seronok pulak nak ke mana-mana sangat.. banyak tanggungjawab yang ditinggalkan untuk aku.. lagi-lagi weekend.. banyak kenduri kendara.. itupun ada jugak majlis yang aku ter miss.. hehehe.. ada sekali tu.. 1 hari aku pegi sampai 3 buah kenduri.. memang kenyang sampai ke malam aku hari tu..heheheh...

Cerita pasal memancing.. ades.. sebenarnya.. aku cuba nak lari dari topik memancing.. tapi dah itu je aktiviti yang aku buat tiap-tiap hari.. hehehe.. tapi takpe la ye..aku saja nak kongsi pengalaman aku.. masa mula-mula aku dok mengikut en.suami pegi memancing..memang bosan giler.. baru sejam je dia dok memancing..aku dah ajak balik.. sampai la keinginan aku nak cuba sendiri apa rasanya bila memancing ni.. pertama kali pegang  batang pancing.. memang kekok.. nak baling pun rasa takut-takut sebenarnya sekarang pun masih ada rasa takut-takut sebab takut terpelanting kena orang.. lama-lama ada la rasa konfiden.. tapi masih jugak rasa bosan.. sebab tak merasa lagi dapat ikan.. sampai la 1 hari.. orang kata.. ala-ala dapat lesen la.. dapat jugak aku ikan.. masa tu la hati rasa membuak-membuak nak dapat  ikan lagi dan lagi dan lagi.. dalam masa yang sama.. sebenarnya tenang je bila dapat memancing kat tepi laut.. angin pun sedap dan sejuk.. masa berjalan pun tak terasa.. tu kadang-kadang boleh terbabas sampai ke 1-2 pagi.. mungkin ramai yang lebih berpengalaman dari aku.. lagi-lagi encik-encik lelaki.. bila baca cerita aku ni mesti cakap.. "hekeleh dia ni.. orang lain pun memancing gak..itu pun nak heboh"..kekeke..aku memang terlebih teruja sebab memang jarang sangat perempuan kaki pancing..mungkin 1 hari aku akan jumpa geng-geng perempuan kaki pancing? hehehe.. kawan-kawan perempuan yang lain.. kalo nak cuba aktiviti yang seronok macam memancing ni.. boleh la cuba.. jangan lepaskan peluang.. ada rezeki aku nak cuba memancing kat tengah laut pulak.. mesti best kan..

Aha.. ada lagi aktiviti aku wat cuti sekolah.. main game.. tapi aku tak main game facebook ye.. aku dah lama tinggalkan.. ladang-ladang.. cafe aku semuanya dah habis terbengkalai....kekeke.. aku suka main gunbound.. kalo sapa-sapa kaki game online mesti tau game ni.. memang best.. ada gak la melibatkan kira-kira matematik.. aku pun tak tau nak cerita macam mana tentang game ni.. kira cam game tembak-tembak jugak la.. bukan counter strike tau.. ni lain dan jauh berbeza..tapi yang pasti.. memang best la layan game tu..hehehe.. apa ntah ek.. cikgu.. tapi dok layan-layan game gak.. cikgu pun manusia biasa..nak menghiburkan hati dan penuhkan masa jugak..huhuhu... tapi dalam masa yang sama.. mereka-reka slide yang sesuai untuk anak-anak murid bila bukak sekolah nanti.. cuti..cuti jugak.. anak-anak murid tak boleh lupa..kalau dah cikgu tu..cikgu jugak.. hehehe..

Ada 1 perkara yang buat aku terfikir..macam mana la ibu-ibu suri rumah tu.. dapat idea menu nak memasak setiap hari ye.. aku ni yang jarang-jarang masak pun kekadang buntu tak tau nak masak apa..kekadang menu yang sama.. pulak-pulak adik bongsu aku tu.. jenis memilih makan.. jenuh gak aku nak masak ikut selera dia...ikan tak bape makan.. hari-hari ayam je.. pulak tu taknak makan yang banyak daging.. nak yang bahagian tulang je.. ish ish ish.. tapi bagus jugak.. dapat jugak aku mahirkan diri memasak..rasanya.. sepanjang cuti ni.. semua jenis masakan aku dah masak.. kari.. gulai lemak.. berlada.. sup.. sumer dah masak.. lepas ni rasanya.. kena tulis menu siap-siap.. so boleh rotate 2 minggu sekali.. ok tak camtu..? hehehe..

ok la.. nanti aku cerita lagi... makin melalut pulak rasanya.. en. suami pun dah tertido depan tv.. katanya nak tengok bola MU lawan ARSENAL.. sudahnya.. bola pulak tengok dia..ok jumpa lagi..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates