Tuesday, December 14, 2010

Set Induksi

Masih tak boleh tido aku ni.. kalau tido sekarang.. mesti terlepas subuh jugak.. jadi sambil tak wat apa-apa.. aku nak upload 1 video untuk dikongsi bersama.. tajuk lagu ni kudaku.. aku tak ingat dari mana aku dapat.. tapi lagu ni la aku guna untuk set induksi dalam kelas.. kalau cikgu-cikgu..diorang tau la apa makna set induksi.. kalau yang tak tau tu.. meh aku terangkan sket.. set induksi ni aktiviti yang akan dilakukan oleh guru pada setiap awal 5 minit di dalam kelas.. set induksi ni penting.. sebab apa..?  untuk tarik minat murid untuk memberi perhatian dan tumpuan dalam kelas.. jadi.. setiap awal kelas.. diorang mesti sebok dok teka-teka... apa la cikgu nak buat arini.. kalau boleh.. biar buat aktiviti tu mencabar minda murid-murid..macam-macam aktiviti kita boleh buat.. puzzle ke.. teka benda dalam kotak ke.. kotak beracun ke..pasangkan video atau lagi pun boleh..yang penting menarik dan dapat tarik perhatian murid-murid.. sebagai guru..kena kreatif mencari idea yang baru.. biar murid-murid tak jemu kat dalam kelas.. korang berhibur la dengan lagu kudaku ni ye.. kebiasaannya kalau masuk kelas.. murid-murid mesti mintak aku bukakan lagu ni.. ringkas tapi menghibur kan..oh ye.. sebelum nak berhibur dengan lagu ni..jangan lupa off lagu doraemon ye..:)

2 comments:

Rashid said...

salam

ermm bagusnya .. idea kritis dan kreatif cikgu tentu buatkan pelajar seronok ..

Tahniah!! teruskan kerja mulia itu.

Lieya said...

Terima kasih kapten.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates