Sunday, January 9, 2011

‘Love Live Life Green: Earth, Yes We Care’


Arini aku nak ajak korang semua join  kempen yang sangat-sangat dan amat bagus pada kita semua anjuran Thepotpetking. Dulu dianjurkan kempen tutup aurat. Skang ni kempen hijau bumi lak.. tujuan kempen ni

" adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kita terhadap alam semulajadi dan cara hidup ‘hijau’ (Green Lifestyle). well, seperti yang kita tau, alam semulajadi ni mestilah dipelihara oleh semua pasal kita kongsi bumi ni sama-sama so kita kenalah play our own role to conserve our nature. jadi harap-harapnya kita sebagai blogger ni dapat ramai-ramai spread the word, promotekan this campaign, play our role to promote the ‘Green Lifestyle’ among bloggers.

eh terskema pulak aku ni..hehe..okay, ni antara benda-benda yang kita boleh buat untuk selamatkan alam kita :

1. Bawak shopping bag sendiri time pergi shopping. kurangkan penggunaan plastik!

2. Jangan charge handphone or other electrical device lebih dari hadnya. lepas charge tu jangan lupa cabut plug.

3. Support kempen ni dan beri kesedaran kepada yang lain! yeay!"

(quote dari blog thepotpetking)

Jadi meh la kawan-kawan join kempen ni.. sama-sama kita amalkan gaya hidup hijau ni.. sebab untuk kebaikan kita dan generasi kita akan datang.. kalau g shoping lupa bawak beg pun.. angkut je barang-barang masuk troli dan terus masuk bonet.. bukannya nak kena angkut satu-satu barang kan..?Lagi satu yang aku perasan masih tak berubah-ubah perangai manusia ni..pembakaran secara terbuka..renti-rentikan la ye.. lapisan ozon pun jadi semakin menipis.. 

Syarat-syarat nak join kempen ni pun senang je..
1. Buat satu entri baru yang bertajuk : ‘Love Live Life Green: Earth, Yes We Care’


2. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan linkkan ke entri ni semula.


3. Ekspresikan diri anda mengenai Green Lifestyle. tak kisah la bagi pandangan ke, buat gambar macam banner kat atas ni ke, bagi tips ke cerita ke or apa-apa ikut kekreatifan anda!


4. Letakkan link entri anda mengenai kempen ini di ruangan komen entri ini.


5. Kalau boleh tagkan 3 kawan anda untuk menyokong kempen ini. The more the merrier.

Ok aku nak tag pada 3 orang kawan aku.. iaitu.. Yati, Irtiyah dan Kak Julie..
Kawan-kawan kalo ada kesempatan amik la tag aku ni ye..hehehehe...

2 comments:

Irtiyah said...

Salam

Tag kedua yang saya dapat tapi buat masa ni belum ada masa nak buat. Maaflah kalau saya lambat buat eh..

kalau masuk yg lama dah ada 3 tag.

saya tengah berperang dengan tugasan kerja. huhuhu

Lieya said...

Thanx Irtiyah..takpe..takpe.. kalau ada masa baru buat.. kan saya cakap kalau free..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates