Sunday, February 13, 2011

Aku Ciyu..?

Tahun Baru Cina dah lebih seminggu berlalu.. kejap je masa..sebenarnya aku nak buat post khas sempena CNY ni..cuma tak berkesempatan.. dan beberapa gambar yang aku perlukan untuk post ni tak ada dalam simpanan aku..tapi sementara ada kelapangan ni.. better aku buat post ni.. setiap kali menjelang Tahun Baru Cina.. mesti ingatkan aku pada keluarga emak aku.. sebenarnya.. mak aku berketurunan Cina.. tapi.. sewaktu kecil dah diserahkan pada keluarga angkat berketurunan Melayu.. memang mak aku cukup bertuah.. dalam ramai-ramai adik beradiknya yang diserahkan kepada keluarga angkat.. mak aku je yang diserahkan pada keluarga Melayu.. mak aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan pendidikan yang cukup.. Arwah atuk memang cukup sayang dengan mak.. dan walaupun arwah atuk dah tak ada.. hubungan kekeluargaan tetap kuat.. Oleh kerana menjaga hati arwah atuk.. emak aku tak pernah mencari keluarga sebenarnya.. sehinggalah lebih kurang selepas beberapa tahun selepas pemergian atuk.. aku ingat lagi.. masa tu aku kat semester 3 kat UTM.. jiran belakang rumah aku memang salah seorang wartawan akbar cina Nan Yang Sian Pau (betul ke tak aku eja ni..).. jadi nya mak aku pun serahkan gambar waktu mak aku kecil pada wartawan tersebut.. hari yang sama keluar kat surat kabar.. ada 2 keluarga Cina yang call.. 1 dari PJ.. dan 1 dari Kelang.. dan setelah mendapat kepastian.. panggilan yang dari Kelang tu yang tepat.. dan memang betul..

Lepas tu mula pertemuan jejak kasih.. masa tu jumpa kat bandar Kelang.. seronok sangat-sangat... rupa adik beradik mak memang lebih kurang sama.. rupa mak sama dengan rupa mendiang bapa saudara yang nombor 4.. adik beradik mak aku ramai sebenarnya.. 12 orang tak silap aku.. dan mak aku anak yang ke 11.. 5 orang dari adik beradik mak aku diserahkan pada keluarga angkat termasuk la mak aku... lepas dah jumpa-jumpa tu.. kitorang kontek mengontek.. sesekali bila CNY.. aku ngan family lawat pakcik-pakcik dan makcik aku.. Bagi aku memang banyak hikmahnya pertemuan mak dengan adik beradik sebenar mak..3 bulan lepas tu.. abang mak yang pertama meninggal dunia.. walaupun berlainan agama.. kitorang tetap pergi ziarah.. aku pun amik peluang untuk amik pengetahuan macam mana majlis kematian agama lain.. pakcik aku tu beragama Kristian.. walaupun uncle aku tu dah takder.. kitorang still melawat keluarga dia kalau ada kelapangan.. Mendiang uncle aku nombor 4 pun best jugak.. tiap kali datang ke Kelang untuk melawat dia.. dia memang sibuk dok mengajak makan.. mendiang ada 4 ke 5 buah kedai cermin mata yang semuanya anak-anak dia yang kendalikan.. kalau sesiapa ada ke kedai cermin mata kat pekan Kapar.. Poh Seng Optical.. tu kedai sepupu aku... kat Pelabuhan Kelang pun ada.. Pandamaran..ngan Teluk Pulai pun ada.. mendiang meninggal dunia kerana kencing manis.. yang mak aku sedih.. masa dia sakit.. langsung dia tak bagitau.. mungkin taknak menyusahkan adik beradik..

Yang paling tak boleh lupa sampai sekarang.. pemergian sorang lagi mendiang pakcik aku yang nombor 2.. dia yang paling rapat..sebabnya.. mendiang paling rajin datang melawat keluarga aku..kalau dia datang.. mesti ambil masa sampai seminggu... uncle aku memang suka  berjalan..kalau dia datang rumah.. memang senang menguruskannya..makan pun tak cerewet.. mendiang akan bermotosikal dari rumahnya di kinrara.. pastu park motor yang lrt bukit jalil ke pudu.. pastu naik bas ke sabak.. kalau dia sampai.. tak payah ambil kat stesen bas pun takpe..dia akan berjalan kaki je dari stesen bas ke rumah aku.. dia cakap exercise.. memang suka sangat bersembang dan bercerita.. uncle aku ni..bukannya tak ada keluarga.. cuma isterinya tak boleh nak ikut sebab menjaga cucu.. tapi dia gamble je gi Sabak sorang-sorang.. kalau dia bosan duduk-duduk kat rumah aku.. dia gi la berjalan ke teluk intan ke.. ke sungai besar ke..memang best.. kalau raya..kompom dia akan datang.. pernah sekali tu.. siap dia naik bas pergi beraya kat kampung aku kat lenggeng tu.. masa aku dapat berita dia meninggal tu.. aku sedih sangat..dia meninggal sebab eksiden.. dia on the way nak pergi kerja.. masa tu dia bekerja kat giant.. umur dah dekat 70 tapi kuat bekerja.. mungkin dia kebosanan duduk kat rumah.. malam tu jugak aku.. ngan mak ngan ayah ke KL.. dalam ramai-ramai.. memang dia yang paling rapat.. dan buat aku sedih..lepas ni.. dah tak ada siapa yang rajin datang melawat mak aku..

Ok la.. stop cni dulu.. baju tak gosok lagi ni..nanti ada kesempatan kita jumpa lagi..:)

2 comments:

aitotyati said...

salam,

yelah mesti teringat, kan?

sbb mendiang baik.

Lieya said...

tu la pasal.. baik giler.. masa dia meninggal tu.. memang sedey.. sebab aku rasa mak aku dah jadik bebetul alone.. takder dah adik beradik kandung yang rapat datang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates