Wokeh.. skang kita sambung kesah aku ke Kuala Pilah pulak..dah lepas-lepas makan kat umah nenek.. siap bersolat.. gerak pulak ke Kuala Pilah.. sebelum ke Kuala Pilah.. sempat tu singgah kat Jusco Seremban.. sebenarnya bukan singgah.. lebih kurang macam pergi dan berpatah balik.. sebabnya.. sepatutnya kalau nak K.Pilah.. tak perlu dah lalu bandar Seremban.. boleh susur je jalan nak ke Klawang-Seremban.. lalu Pantai.. then susur je kat Paroi Jaya.. terus ke K.Pilah.. tapi sebab atok nak membelikan cucu-cucu donut big apple.. pergi jugak la ke Jusco.. nasib la dah ada lebuhraya LEKAS..jadinya memang lekas je kami sampai ke Jusco tanpa perlu merempuh bandar Seremban... bila nak ke K.Pilah pun ikut LEKAS jugak...
Sampai K.Pilah lebih kurang kol 7.00 petang.. lega rasanya dah sampai.. risau jugak kot-kot jem nak masuk ke kawasan Ulu Bendul tu.. tapi alhamdulillah.. perjalanan memang lancar..nampak je wajah-wajah anak buah.. seronok tak terkira.. lama jugak tak jumpa diorang.. Kakak dengan muka happy dia.. n Iskandar dengan muka selamber dia.. Ini la antara aksi-aksi mereka yang aku sempat rakamkan..
Kakak dengan new toy..sebenarnya belikan untuk Iskandar.. tapi Iskandar takut nak main.. jadik kakak yang dapat main..kekekek
Iskndar memang susah nak amik gambar..tengok la tu aksi ia.. ni kira the best picture la aku dapat amik gambar bertiga dengan atok..
Aha.. ini lak gambar berdua kakak dengan Iskandar the best yang aku dapat amik..
Aku suka layan kakak nyanyi lagu "bila rasa gembira".. tu yang kakak dok pegang hidung dia tu..hehehe
Iskandar main handphone mamangah ye.. sebenarnya.. Iskandar ni kurang berminat dengan handphone-handphone ni..biasa kakak je yang suka main handphone..dia suka amik gambar guna handphone.. kat bawah ni salah satu hasil kerja kakak..hehehe..
Cuba teka..gambar kaki siapa...?
Kakak kalau amik gambar..mesti nak dengan aksi piece dia..
Macam-macam ragam anak-anak buah kesayangan aku ni.. malam tu memang diorang tido lewat... yang aku geli hatinya..si Iskandar.. dah lewat pun dia still nak main dengan kakak .. aku ni konon-kononnya nak takutkan dia la.. supaya dia tido.. aku pun bunyikan bunyi kucing.. memula tu dia takut la.. pastu..dia pulak dok ajuk aku bunyikan bunyi kucing.. sabo je la dak kecik ni..kekeke.. bila Iskandar dah tido..kakak tak tido-tido jugak..dok gelisah kiri kanan.. tapi dek kerana aku yang dah kemengantukan.. tak melayan dia sangat.. sudahnya dia pun tertidur jugak...
Bila nak balik macam biasa.. mesti bawak jalan-jalan dulu seround dua.. kali ni bawak kakak sorang je.. Iskandar dah tertidur keletihan.. mana taknya.. seharian dok main je kat rumah... sambil tengok tv.. tau-tau dia dah tertidur.. dah bawak kakak jalan-jalan.. singgah pulak kedai..beli jajan.. kakak ni suka coklat.. apa-apa yang berunsur coklat dia memang suka..susu pun minum susu coklat.. jadinya belikan la dia coklat appolo... air milo dengan biskut tiger coklat..semuanya beli dua.. kongsi dengan Iskandar.. Iskandar ni kalau makan tak kesah sangat.. apa yang kita makan.. "nak nak nak" aje.. senang sket...nasi pun nak makan..kalau kakak.. nasi pun susah nak makan.. tu badan keding je..Bila dah sampai rumah semula.. aku anto la kakak masuk dalam... mak ngan ayah aku pun kuar la nak masuk kereta.. kakak dah mula meraung..ades.. ni aku lemah ni.. tak menjadi la pulak skill taknak kasi dia menangis arini.. nak taknak bawak lagi seround jalan-jalan.. bila dalam keta mata pun dah nampak stim nak tido.. sama la macam Iskandar..seharian tak tido.. dah sampai rumah semula.. aku tak masuk balik dalam rumah..mak je anto dia masuk dalam.. bila mak keluar semula..katanya dia macam nak menangis.. nak ikut.. tapi mamanya pujuk.. kakak memang macam tu.. kalau tiap kali datang..nak balik..mesti kena cari jalan supaya dia tak menangis.. dia bukan apa.. nak ikut berjalan.. tu yang kekadang memang kena bawak jalan-jalan dulu...cuma kali ni skill tak jalan..hehehe...
ok esok aku cerita kesah aku ke PD pulak.. skang nak kena titun.. esok nak balik KL sekejap.. :)
0 comments:
Post a Comment