Sunday, March 13, 2011

Kemalangan..

Ari jumaat aritu aku baru post entry pasal sikap gelojoh pengguna jalan raya.. tapi hari ni.. memang aku tengok dengan mata aku sendiri kejadian kemalangan.. tapi sebenarnya.. yang betul-betul nampak en.suami la..masa tu aku ngan en.suami baru je nak ke sungai besar.. aku dok leka memerhati tepi-tepi jalan.. nak sampai caltex tebuk pulai tetiba en.suami cakap.."eh, ada eksiden la..!" masa tu aku dah  nampak satu tubuh dan terbaring tengah jalan...pastu moto dia dah ada kat seberang jalan..en.suami memang nampak mangsa melambong dan jatuh atas jalan.. terus en.suami berhentikan kereta.. pakcik yang melanggar mangsa memang nampak panik.. pastu terus je en.suami bawa kereta ke seberang jalan.. untuk bawak mangsa ke hospital.. mangsa nampak dalam keadaan sedar lagi.. tapi tak tau la keadaan dia yang sebenarnya..yang pasti..memang banyak giler darah atas jalan tu..aku rasa..kalau lambat hantar ke hospital..mesti dah hilang banyak darah..


Kereta merah ni la yang melanggar mangsa... nampak tak motor yang seberang jalan tu.. itu la motor mangsa..gambar ni aku amik masa nak bawak mangsa ke hospital..

Tengok la bahagian depan kereta yang langgar mangsa.. cermin pecah.. depannnya remuk.. aku rasa.. mangsa mungkin tercampak atas cermin kereta..kalau tak.. macam mana cermin kereta tu boleh pecah.. dan satu lagi..cuba bayangkan.. berapa kuat pulak hentakan pada cermin tu sampai cermin tu pecah..nauzubillah..gambar ni aku amik masa dah lepas hantar mangsa dan waktu nak berpatah balik ke sungai besar..gambar mangsa memang tak dan nak amik..kesian sangat tengok keadaan dia.. aku pun siap menggeletar lagi masa menolong mangsa tu..

Ini la dia pengajaran yang dapat.. tak pasti la siapa yang salah dalam situasi ni.. tapi apa-apa pun mangsa yang cedera mesti diselamatkan dulu.. sebagai orang sekeliling kita perlu pritahin.. tak boleh nak tunggu polis atau ambulan sampai..baru nak bawak ke hospital.. elok-elok orang tu boleh diselamatkan.. terus meninggal kat tempat kejadian.. terima kasih jugak pada orang sekeliling yang menolong kami tadi.. tapi dalam waktu tu jugak.. ada jugak yang kedekut sangat tenaga nak ringankan tulang.. dan yang aku perasan.. ada yang taknak bawak mangsa ke hospital.. sebab takut kereta diorang kotor.. tadi pun diorang sibuk dok lapik-lapik surat khabar.. tapi kalau dah keadaan emergency.. tak payah la dok lapik-lapik.. yang kotor tu insya'Allah mesti boleh dicuci.. sikap saling tolong menolong tu yang penting..

Jadi kawan-kawan.. berhati-hati di jalan raya.. jangan terlalu mementingkan diri sendiri waktu di jalan raya.. malang tak berbau..


4 comments:

aitotyati said...

ish, yelah. baru je buat entry.

malang tidak berbau.

dah jgn sedih2. meh senyum meh

http://bestari206yati.blogspot.com/2011/03/contest-senyum-paling-ceria-d.html

aitotyati said...

lagi kontest

http://bestari206yati.blogspot.com/2011/03/contest-cintai-alam-sekitar.html

Unknown said...

kesian org tu.. parah ke?? miss x takut darah?? sue takut darah sebenarnyer..huhu.. nasib baik takde gambar darah..kalo x bleh pengsan..

Lieya said...

Yati: aku takder gambar alam sekitar la...hehehe

Sue: boleh tahan banyak darah.. memula tu takder la nak muntah..pastu dah masukkan org tu dalam keta..baru rasa nak muntah..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates