Saturday, December 17, 2011

Ronda-ronda Segamat-Umbai 3

Ok.. arini nak sambung kesah perjalanan Ronda-ronda Segamat-Umbai 2 memang peristiwa yang sangat-sangat tak disangka..keadaan masa awal kami sampai sangat terkawal..parking pun banyak.. dan masih belum ramai orang.. masa kami dah duduk tunggu makanan.. mula la ramai orang..itupun kami sebelum bertolak dari segamat..dak booked tempat siap-siap.. sebab takut ramai orang..lagi-lagi cuti sekolah..dan hari Ahad pulak tu.. banyak jugak kereta dari luar yang datang situ.. bila dah kenyang-kenyang makan.. kitorang berjalan le kat gerai-gerai depan yang jual macam-macam kraftangan.. jual cencalok ngan belacan pun ada.. aku cuci-cuci mata.. takder benda pun nak beli.. pastu sementara kami mencuci mata.. en.suami pun pergi ke tandas... nak jadi cerita.. lepas je mencuci mata.. kami pun pergi la ke tempat kami park keta.. pakteh n the gang dah naik kereta dulu dah.. tapi en.suami aku tak keluar-keluar dari tandas.. sebelum tu ada dalam 10 minit rasanya dia dah gi tandas.. bila aku call..rupa-rupanya takder air.. haru sungguh la.. kesian en.hubby.. agaknya sebab ramai sangat orang.. sampai habis air kat toilet.. ada la dalam 10 minit lagi kami menunggu.. pakteh n the gang yang dah masuk kereta..bergerak keluar dulu..sebab banyak kereta mula nak keluar dan masuk.. kat parking keta tu.. kereta masih boleh lalu dua hala..masuk dan keluar..nak jadi cerita... masa dok tunggu en.suami..datang la satu kereta iswara erobek putih.. dia parking bebetul kat laluan keluar kereta.. nak kata belah dalam takder parking..memang berlambak lagi kosong.. dek kerana taknak park jauh agaknya..dia pun selamber badak je parking kat ctu.. bila dah parking tu.. bla je lah kan.. tapi dia dok tunggu kat ctu gak..agakya dia pun was-was nak parking ctu ke tak.. pastu.. bila en.suami sampai..kami pun nak balik... disebab kan kereta dia park kat ctu.. kami terpaksa buat u-turn..untuk keluar.. dan adanya kereta dia..menyebabkan laluan yang boleh dilalui kereta dengan 2 hala..jadi 1 hala je..jadi kereta nak masuk parking.. kalau ada kereta nak keluar.. diorang kena tunggu keta kuar dulu baru boleh lalu.. dan menyebabkan kawasan yang sedia sesak bertambah sesak..maka kami yang lalu kat sebelah kereta dia pun tegur la orang tu..berikut adalah dialog antara kami..

en.suami : kak.. parking belah dalam la kak.. nanti susah orang nak lalu...
kakak tak bape betul tu : sekarang ni awak boleh lalu tak..? boleh lalu tak..? (dengan nada yang penuh sinis.. bengang..marah dan mungkin sebenarnya malu..memang kebetulan masa tu takder kereta nak keluar masuk)
aku: jangan la selfish sangat.. fikir la orang lain jugak.. guna otak la... !( memang dah geram sangat rasanya.. sebab sselfish sangat.. nak lepaskan diri sendiri je...taknak berjalan jauh sangat punya pasal..)
kakak tak bape betul tu: kepala hotak kau!
aku: hotak kau berjambul..! (masa ni ketar aku dah gerak dah tinggalkan dia.. tapi aku tau dia dengar apa aku cakap sebab suara akukan kuat..hahaha)

punya la geram aku dengan orang macam tu.. takder kesedaran sivik langsung...pentingkan diri.. aku yang nak tegur cara elok pun jadi marah.. lagi pun bukan aku jumpa dia lagi.. pedulik hapa aku.. lagipun.. tak sayang kereta agaknya..kalau kereta dia kena gesel..baru dia ada akal.. pastu.. kitorang gi report kat  uncle jaga parking tu..padan muka dia..ahaha... gitu la kesahnya..lepas dah kenyang-kenyang makan.. boleh plak bergaduh ngan orang lak..hehehe..

pastu..kami teruskan perjalanan balik ke lenggeng... kami ikut short cut.. lalu kat bukit katil.. dan lalu la jugak bekas sekolah orang.. orang tu.. (hahahah.. orang tu sila komen ye..) pastu jadi lagi sekali peristiwa yang mengkelakarkan.. sampai je simpang 4 keluar nak keluar ke highway..kalau ikut ke kanan masuk ke highway..terus ke MITC.. dah le punya lama nak tunggu trafick light hijau... bila lampu hijau je.. aku pelik..apasal la kemain en.suami aku menyebat kereta..padahal nak belok kanan ni.. dia boleh terus aje..patut le kemain lagi dia tekan minyak.. ahahah.. tak pasal-pasal kena u-turn balik untuk keluar ke highway.. yang kelakarnya..pakteh aku dok ngekor aje..padahal en.suami aku dah tertingtong kepala dia.. dok tersilap haluan..

Aduh..kelakar betul la aku rasa perjalanan kali ni..tapi memang syok.. sebab dah lama tak dapat ronda-ronda Melaka.. kitorang sampai Lenggeng dalam kol 11 malam...

1 comments:

aitotyati said...

huh, itu mmg dasar org pentingkan diri sendiri. mmg dasar mangkuk hayun.



hahahhaha apsal ko tak masuk dalam sekolah tu? :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates