Sunday, January 16, 2011

Kasihan Mertua ku..

Waktu aku menaip ni... aku baru je sampai dari KL.. dah lama tak balik KL.. last balik masa  bapa saudara en.suami meninggal dunia.. arini balik dengan nekad kerana mak mertua aku terpaksa dibedah lututnya kerana terdapat nanah di dalam lututnya.. kesahnya bermula.. lebih kurang 2 minggu lepas.. ingat tak peristiwa aku jatuh ditimpa tangga tu..? aku jatuh tu masa ari Sabtu.. masa ari Ahad pulak.. tengah aku diurut dek makcik tukang urut.. en.suami dapat panggilan telefon dari mak mertua aku.. dia bagitau dia eksiden.. kereta yang teruk remuk.. tapi dia alhamdulillah.. selamat.. cuma luka-luka aje.. jadinya petang tu jugak.. aku yang tengah demam-demam tu.. dengan en.suami dan mak aku.. bergegas la nak balik KL.. bila sampai Kuala Selangor.. kami singgah la solat maghrib.. dan selepas solat maghrib.. en.suami ajak patah balik ke rumah.. sebabnya.. mak mertua dah balik ke Melaka.. sebab ada ibu saudara dari Melaka datang... dan mak mertua aku pun ikut balik.. jadi.. aku anggap.. mak mertua aku kiranya sihat lah.. sebab dah boleh berjalan balik ke Melaka.. pastu.. kelmarin.. en.suami dapat panggilan dari ibu saudara dia.. bagitau yang emak mertua aku masuk hospital dan nak dibuat pembedahan pada kakinya..  rupa-rupanya.. akibat dari hentakan kuat pada lutut.. mungkin menyebabkan luka dalaman dan bernanah kat dalam lutut.. kesiannya la.. dia pun tak pergi cek hospital.. x-ray pun tak buat.. cuma g klinik biasa je.. pagi tadi.. selepas sarapan di Sungai Besar.. aku.. en.suami dan mak aku gerak ke KL..kitorang sampai HUKM lebih kurang kol 11.40 pagi..waktu melawat pukul 12.30tengahari.. so menunggu la sekejap kat bawah .. sampai je atas.. ingatkan mak mertua dah dibedah.. rupanya belum.. dia pun dah 2 hari kena berpuasa.. sebab katanya nak dibedah.. tapi tak jadi.. tup-tup tiba-tiba dekat kol 2.. nurse datang.. suh mak mertua tukar baju dan bagitau mak mertua aku nak dibedah.. dah siap-siap tukar baju.. mak mertua aku pun di bawa ke dewan bedah.. aku pun pertama kali mengiring orang masuk dewan bedah.. rupanya ada 1 line merah sebagai tanda had kawasan.. tak boleh masuk lebih dari line merah tu.. sebab takut ada kuman.. berdebar jugak bila tengok mak mertua nak di bawa masuk ke dewan  bedah.. walaupun pembedahan kecil.. tapi mungkin boleh ada kesan sampingan.. yang pasti.. tak boleh la nak berjalan untuk tempoh tertentu.. dah la sebelum ni mak mertua aku jenis yang cergas dan ligat orangnya.. kuatir jugak kalau pembedahan tu kesannya buat mak mertua aku lambat berjalan atau sebagainya.. sementara menunggu... kitorang g solat dan makan.. lebih kurang 2 jam setengah kemudian.. kitorang naik semula ke wad bedah.. tak lama lepas tu.. mak mertua pun dibawak keluar dan dihantar semula kat wad asal dia.. lalok2 je mak mertua aku.. ye la.. mana tak nya.. dah dibius.. bila dah nampak wajah dia.. baru la lega rasa hati.. aku mendoakan.. mak mertua aku cepat sembuh dan dapat berjalan seperti sediakala...amin.. pasni boleh g meniaga sengkuang yang sedap lagi.. hehehehe...

3 comments:

Lulu caldina said...

blue=chelsea..
yeah

AiTotYati said...

salam lieya,

semoga beliau cepat sembuh (^_^)

Lieya said...

Cik Lulu: erk..? tp saya tak minat mana2 pasukan luar negara..hahaha

AitotYati: tq my sahabat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By :
Free Blog Templates