Rasa-rasanya..baru je mak ayah aku balik dari Mekah.. tup tup..kali ni dah musim haji balik dah..kejap betul masa berlalu...ramai jugak yang aku kenal pergi tunaikan haji kali ni termasuk la emak angkat aku jugak... hari Selasa depan makcik dan pakcik akan berangkat ke tanah suci.. insya'Allah aku akan hantar kat Kelana Jaya.. sambil-sambil tu boleh bawak anak-anak makcik yang kat SMKA Simpang 5 tu..kesian pulak diorang.. takkan la tak tengok parents diorang nak berangkat ke Mekah..
Ok.. kali ni cerita tentang Karnival Pemulihan Khas Peringkat Negeri Selangor..pada 6 Oktober hari tu..ingat tak tahun lepas aku ada cerita pasal karnival ni.. aku ada hantar murid aku jadi wakil daerah masuk pertandingan ni.. cer tengok kat sini.. Tahun ni aku diberi kepercayaan sekali lagi untuk menghantar murid aku sebagai peserta mewakili Daerah Sabak Bernam...banyak juga acara dipertandingkan.. mewarna dan menulis perkataan tahun 2.. bercerita tahun 2..pertandingan kuiz matematik tahun 3..pertandingan membaca lancar tahun 3.. menyanyi berkumpulan.. jigsaw puzzle berkumpulan dan anugerah guru inovasi yang khas untuk guru-guru pemulihan... jadinya anak-anak murid aku seorang wakil pertandingan kuiz matematik dan sorang masuk mewarna dan menulis perkataan... untuk pertandingan lain murid-murid dari SK Sg Hj Dorani..SK Sungai Nibong.. SK Seri Makmur dan SK Parit 13 yang wakili...kiranya campur-campur la kami ni... bagus jugak macam tu..jadi murid-murid dapat berpeluang bergaul sesama diorang...
Macam tahun lepas.. aku buat persediaan macam biasa.. aku paling risau anak murid aku yang masuk kuiz matematik tu.. tahun lepas.. 2 orang murid yang aku hantar.. dapat kemenangan tempat kedua dan ketiga.. kali kalo boleh nak menang jugak lagi.. bukan apa.. dalam masa yang sama dapat menaikkan nama daerah... aku bagi semua latihan tambah tolak banyak-banyak... bab menambah aku tak risau sangat.. murid aku tu memang dah agak cekap menambah dan dia dah paham konsep..cuma kecekapan dia mengira.. dan macam yang aku agak..bila menolak mengumpul semula mesti bermasalah... jadi seminggu tu memang aku pulun betul-betul ajar dia semula dan bagi latihan.. yang masuk pertandingan mewarna pun sama jugak.. aku suruh dia mewarna.. dan tulis perkataan benda-benda yang dia nampak... yang murid masuk kuiz matematik tu pulak..bila aku bagi latihan darab dan bahagi..mula la dia... sifir memang tak hafal..pastu dia lupa camne nak darab.. bahagi toksah cakap le..memang dia tak tau....
Nak jadi cerita... Hari ahad sebelum pertandingan.. aku kena demam yang agak teruk.. risaunya aku tak terkata.. ye la... darab ngan bahagi aku tak habis lagi nak ajar..dah ler pertandingan hari khamis.. 2 hari aku MC..datang sekolah hari rabu..aku kena g mesyuarat... memang tak dan la aku nak mengajar.. risaunya aku.. yang mewarna tu aku tak kesah sangat.. sebab tak susah dan aku cuba suruh dia eja perkataan-perkataan yang susah aje.. petang tu..lepas je habis koko.. macam tahun lepas.. aku bawa 2 orang anak murid aku tu balik umah.. walaupun pertandingan kali ni kat Kuala Selangor je..tapi aku taknak la kelam kabut pepagi buta nak g amik diorang kat umah... lepas maghrib bawak dulu diorang gi makan.. sebab biasa la..kalo ari rabu..ada koko memang aku jarang masak... balik tu terus buat latihan... masa tu la aku menyempatkan diri ajar anak murid darab dan bahagi..alhamdulillah la pulak dia paham... kebetulan mak ayah aku pun datang umah malam tu... ayah aku ni memang suka mengusik orang nya... diusik-usiknya la anak-anak murid aku tu.. siap cakap suruh terus tinggal kat umah aku je...tetiba anak murid aku yang dok leka mewarna menangis.. aaahhh..sudah..memangis pulak dah minah tu.. meraung nak balik..hahahaha... haru betul... aku pulak 1..lupa nak mintak nombor tepon mak dia... jenuh jugak nak memujuknya..sudahnya..aku suruh dia tido.. kesian pulak aku tengok..biasa kat umah kol 9 dah tido..kat umah cikgu.. kol 10 tak tido lagi... nasib la dia tak menangis berpanjangan..tido tu pun nyenyak je.. takder jaga2...dan alhamdulillah..masa kejut bangun tido pun dia ok..hhehehhe..
Esoknya kami pun pergi la ke Karnival tu.. naik van PPD dengan Pakcik Leman.. ambil kawan-kawan kat simpang nak masuk SK Parit 13.. murid-murid dari SK Seri Makmur dengan SK Sg Hj Dorani naik kederaan cikgu diorang sendiri...sampai je sana.. daftarkan murid.. dan tunggu la sampai pertandingan dimulakan... kali ni pertandingan tak buat serentak...acara pagi-pagi kol 9..bercerita.. menyanyi..mewarna dan membaca lancar.. kol 11 kuiz matematik dan jigsaw puzzle.. lepas tu rehat makan tengahari.. dan dalam kol 2.30 acara penutup dijalankan.. alhamdulillah.. anak murid aku yang masuk kuiz matematik tu.. menang dan dapat tempat pertama... gembiranya tak terkata bila diumumkan.. memang tak sangka menang..murid aku yang masuk mewarna.. dapat tempat keempat.. bagi aku.. itu pun dikira sebagai kemenangan jugak.. sebab dalam 20 orang yang bertanding.. dapat tempat keempat.. memang sangat-sangat ok.. Tahun ni.. Sabak Bernam bawa kemenangan besar jugak.. dapat tempat pertama dan kedua kuiz matematik..tempat pertama dan keempat bercerita...tempat pertama dan keempat pertandingan membaca lancar.. tempat kedua dan keempat dalam mewarna..pertandingan menyanyi.. mendapat tempat keempat... cuma jigsaw puzzle je yang tak mendapat tempat.. oh ye.. anugerah guru inovasi.. Cikgu Bastami yang mewakili daerah mendapat tempat ketiga.. alhamdulillah... kalo takder usaha cikgu-cikgu mereka.. anak-anak murid takkan menang dan menempa kejayaan.. Tahniah buat murid-murid Pemulihan Khas yang tampil berani dalam setiap pertandingan dan kalian menjadi kebanggan cikgu....
Sunday, October 9, 2011
Karnival Pemulihan Khas Peringkat Negeri Selangor 2011
Posted by Lieya at 7:39 PM Ini la anak murid aku yang dapat tempat pertama Kuiz Matematik..Mohd Aizad Afif Mat Azhar
Peserta-peserta dari Daerah Sabak Bernam..bersama guru pengiring... yang takder dalam gambar murid-murid yang menyertai pertandingan menyanyi..sebab diorang dah balik awal..
Aku dengan anak-anak murid aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment